Kawan-kawan


Saturday, March 27, 2010

Tutup Lampu weiiii...






Malam ni 'Earth Hour' so bergelap lah kejap...cuma 1 jam jer...dari 8.30mlm hinnga 9.30mlm...

Aku tak melepaskan peluang tuk bagi sokongan (walau tak sepenuhnya) gak...bukan apa aku pun tak tahan bumi sekarang semakin panas dan cuaca jugak tak menentu. Ais di kutub plak semakin galak mencair..semuanya adalah disebabkan oleh tangan-tangan rakus manusia yang sentiasa mencari keselesaan hidup di dunia ni...

Kenapa aku kata tak sepenuhnya? sebab walaupun aku tutup semua lampu...tapi aku tak pasang lilin pasai aku pasang TV....cerah gak lah...pas tu aku layan FB gak...so aku still guna tenaga....

Sekurang2nya aku tutup semua lampu pada waktu itu...

Friday, March 26, 2010

Ogawa EZ-Shape




Sebenarnya dah lama aku beli EZ Shape ni. Tak lah lama sangat tapi tahun lepas la... Masa aku beli tu kat Kelantan lah. Ni gara-gara suami aku nak tengok bag kat KB Mall tak pasal2 lah sangkut plak, 2 barang plak tu... Habis duit aku keluar sayap...terbang.....

Sebenarnya aku nak beli barang lain tapi dalam kategori alat kesihatan gak lah...dah sangkut pulak dgn EZ Shape ni tak kisah lah sebab benda alah ni memang best giler kalau guna... yang tak best nya kalau time anak tak tidur tak bleh guna la...berebut plak dengan anak dara aku tu...

Kalau korang tak caya korang bleh cuba....kalau Ogawa aku yakinlah sket berbanding jenama lain. Apa pun orang nak kata aku tak kisah yang penting aku puas hati.... bukan apa biasanya fungsinya cepat berubah... faham-faham ler..(jadi tempat sidai baju huhuhu....)

Saturday, March 20, 2010

Kota Bharu ke Mersing

Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai ke Mersing pada jam 8.10 malam setelah bertolak dari rumah jam 9.10 pagi.

Aku memandu dari Kuantan ke Mersing supaya suami yang kepenatan dapat berehat. Penat jugaklah sebab tak biasa memandu jauh...

Apa yang paling menakutkan ialah semasa kat Endau terdapat satu kemalangan di kawasan atas bukit. Kereta bomba dan polis sedang membantu mengeluarkan mangsa...berdiri bulu roma dan seram sejuk...dahlah waktu itu gelap (waktu magrib kul 8.00 malam)kat area hutan plak tu...semoga mereka yang terlibat selamat (walaupun macam tak ada harapan)

Mak aku selalu berpesan..sentiasalah sembahyang hajat dan memohon perlindungan dari Allah sebelum memulakan perjalanan terutamanya perjalanan yang jauh..

Hanya perlindungan Allah sahaja mampu menyelamatkan kita dari segala musibah.

Tahniah Buat Bekas Student....SMKTM 1




Aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada bekas anak-anak didikku di SMKTM1 kerana berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2009.

Segala kenangan manis dengan korang semua tetap abadi dalam hidup saya. tentunya korang best sangat...

Tapi saya minta maaf kerana baju yang korang beli balum jahit lagi....jangan marah...nanti akan di jahit jugak...

Monday, March 15, 2010

5 Tahun Dah Aku Kahwin..



Hari ini hari ulang tahun perkahwinan aku...sedar tak sedar dah lima tahun dah aku berkahwin dengan Hasmadi Hamid...Terima kasih lah kat suami aku yg sanggup terima aku seadanya...

Tiba2 aku teringat satu cerita pada suatu ketika dahulu pada tahun 2002. Masa tu aku tengah kawan2 dengan suami aku...

Masa tu aku sakit kaki, jadi aku pergi jumpa seorang hamba Allah ni untuk berurut...Jadi kami pun ada sembang2 lah pasal jodoh. Aku ada cerita jugak pasal bakal suami aku masa tu....masa tu kami nak bertunang...Hamba Allah tu mcm tilik2 lah n dia kata mengikut ilmu dia aku dengan suami aku tak ada jodoh. Jadi tak payah teruskan...wpun sikit aku terasa gak...

Aku ingat lagi masa tu mak aku cukup marah. Dia kata jangan percaya sebab yang menentukan segala-galanya adalah Allah yang Maha Kuasa....

Setiap kali aku lalu kat kaw tu aku tetap ingat hamba Allah tu....aku doakan semoga dia berubah atas segalanya...

Yakinlah....Jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki semuanya hak Allah...kita sebagai hamba hendaklah yakin dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-5 buat suami tersayang Hasmadi bin Hamid...