Kawan-kawan


Sunday, September 26, 2010

sEDONDON anak AyaH




ANAK AYAH/PAPA

Padanan Panggilan Cik Hani untuk kitaorang...........

MAK dan PAPA
MAMA dan AYAH

Wednesday, September 22, 2010

PMR semakin hampir....


PMR dah dekat....
Student pasti stress..
Cikgu dan cikgi????
Lagi...lagi..lagi... stress
Student dah dah mula tak cukup tido...
Sebab study maut...
Dah mula rasa tak ada masa...
Sebab dulu selalu lebih masa...
Syok berfoya..foya..
Dalam kelas pulak...
Kejap tido kejap terjaga..
Tgk cam relax jer..
Intai2 rupanya dia lena..
Adoi.....cam mana nih..
Harap2 dia tak tertido time peksa..
Takut plak pengawas meluat nak kejutkan mereka..
Habislah...

demi masa depan bagunlah...
Study mesti smart bukan muka je nak nampak smart..
huhu...

Followers yg ke-100 blog aku

Nilah rupa blog follower yg ke-100 tu..
Bukan men lg ambik masa maklomlah nak kena gak study skit2..tak kan men redah jer..
(Ada adiah tuk dia...tapi adiah biasa2 jer, bukan warna pink pon....)
Nama blog dia ialah Aku Gadis Biasa..
Nama dia Sya Hassan tapi suka sgt guna nama SOYAH...nape ekk???(jawab yer)
Sya nih dia minat sensangat kat warna Pink n Itam...sebab tu lah kot ada kasut pink tu...
Aku taktau plak si Sya orang Kelantan ke atau belajar jer kat Kelantan..
Sebab dia ni berstatus pelajar lg nih...(dapat maklumat dr apa yg dia tulis lah..aku bc sket2)
Pasir Mas tu Sya dok kg apa? Hehehe dekat2 jelah dgn kg akak ni....
Best gak baca hasil tulisan budak ni..leh tahan lawak juga...
So...meh kita pakat gi jln kat Umah SOYAH Si Gadis Biasa....Jom...

p/s: nanti tulun jawab persoalan2 kat atas tu erk sya...

Tuesday, September 21, 2010

Mampukah aku nak BW giler2???

Dah siap2 nak g belajar keta dah ni..semoga berjaya kak...


Malam ni aku curik2 jer BW...
Di samping aku ni ada En. Madi dia ada gak jeling2...
Ye lah..aku cakap aku nak siapkan slide nak buat mengajar sok...
Tub2 aku dok buat menda lain plak..takut dia naik hangin plak...
Nasib baik mlm ni ada citer2 best kat TV jd tak adalah dia fokus sgt kat lappy nih...
Esok aku kena ngajar sensorang..kena handle lah budak2 yg 108 org tuh...adoiii pening gak kelas anjal nih...
Rakan kongsi aku Kak Yang2(ini gelaran manja sebab dia suka panggil sesapa sahaja dgn panggilan yang-jd kita pakat2 panggil dia YangYang plak) nak g test drive...(dia dah tak nak pakai driver lg tahun depan)
Aku harap dia akan berjaya dalam test tu...
Aku harap dia cukup sihat untuk test esok (semalam keadaan kesihatan agak kurang baik)
Esok aku akan berkorban untuknya..
Dengan mengajar secara single...
Dah..

Monday, September 20, 2010

Pahit manis berblog...


Aku rasa aku tak pernah pun stori-stori pasal cam mana aku bleh ter join dunia berblog nih...
Dulu aku tak ambik tahu pun pasal blog2 ni hinggalah kawan aku masa sama posting dulu invite aku g blog dia...CINTAKU IRA A SA RAfirst time g blog dia aku suka dan merasakan blog Ira ni best sangat..sebahagian catatan kat blog Ira ni aku baca...maka aku pun minatlah nak buat blog...
Pas tu bila kak Rozie aka Sarah-Najwan pun dah ada blog jugak sejak dia pindah ke SBPI Kuantan (dulu masa kat SMSSI tak dok pun huhuhu) PERMATA-HATIKUdia sibuk2 lah suruh aku buat blog jugak walaupun masa tu blog dia tak lah cam sekarang...mula2 dia suruh bukak FB dulu huhuhu (kerja dia memang pasa aku jer..pas tu dia paksa aku main game kebun2 kat FB tu yang telah dianak tirikan huhuhu)maka bertambahlah sikit lagi semangat aku...
Kemudiannya aku telah meminta pertolongan kawan aku iaitu MOON tuk buat blog. jadi dialah yg bertanggungjawab mengajar aku dan selepas itu aku godek2 sendiri dengan bantuan kawan2. Moon ni ada gak blog tapi dia dah malas update huhuhu..
Bila dah ada blog aku pu BW lah cari kawan2..susah payah jugaklah sebab dibelengu macam2 rasa...semua ada...ada time rajin, ada time malas, ada time tak ada perasaan, rasa sibuk yg melampau wp ada sorang anak jer..malas bila suami jeling2 tak puas ati bila tgk isteri dia BW dan lain2 tak campur lagi rasa malulah, seganlah,, maklumlah bloger lain2 hebat2 semuanya sedangkan kita ni baru dan kerdil...terima kasih kat kawan2 yang banyak memberi harapan seperti Bunga dan Sal aka Ibu Aqil dan tak lupa sahabat aku Kak Rozie dan bloger2 lain yg sudi membantu..Terima Kasih banyak2...dan silent reader aku yg memang aku tahu dok jgk2 blog aku diam2 iaitu Cik Nalini n kak Safiah...TQ yer
Hari ni follower dah lebih sikit 100. Jadi teruja sikitlah sebab rasa susah jugak nak sampai seratus tu berpeluh2 jugak...jadi sememangnya ada sedikit hadiah tuk follower yg ke-100 tu..dah terjah blog dia tapi just tgk2 jer...nanti...hadiah pun dah ada wp tak adalah hebat pun...biasa2 ajer..sebagai kenangan bagi org macam aku yg terasa penat berblog...
okay...

Apa ni??


Apa agaknya dalam paper bag ni???

OOOooo...terima kasih kat Menti-menti aku nih...
Syazwani dan Izzah...untuk kuih hari raya ni..
Jemput beraya kat rumah nanti...

Sunday, September 19, 2010

Ini Kembar Terhangat....


Korang jangan salah anggap...kembar ni hanya terhangat kat kg mak mertua aku..
dan kembar ini adalah anak kakak ipar aku...
waktu kakak ipar aku g kerja, kembar2 ini akan tinggal dengan atuk dan tok mek mereka a.k.a mak mertua akulah...
mereka berdua akan kasi pecah....meriah habis dan tak menang tangan untuk melayannya...
layan gambar KEMBAR terhangat ini......
"Mak" kat sini dan Arina sentiasa rindukan mereka..


Terima kasih kat Cik Ni kerana gambar ini telah di ambik di FB beliau...TQ yer

Saturday, September 18, 2010

Ape KENA ni??


Aku tengah heran ni...
apa kenalah dgn lappy ni...
semua iklan nuff tak kuar...
padahal kat pc besar aku tu keluar pulak...
(masalah pc tu tgh rosak skrg ni hhuu, lagipun suka BW pakai lappy jer..)
jangan kata nak klik kat blog kawan2..
kat blog sendiri pun tak kuar..
kesian kat kwn2 yg sudi klik2 nuff aku...
bila depa buka blog aku ada lak nuff tu...
tapi aku tak bleh buat perkara yg sama kat mereka..
tak baik tol...
abis cam mana nak klik...sebab iklan tak mou keluar niiiii...
Sape buleh tolong...saya nak selesaikan masalah ni...
Kepada kawan2 yg sudi klik nuff saya...terima kasih diucapkan...
bila masalah ni dah ok..saya layan nuff korang...

saper leh tolong mak budak yang baru belajar ni.....
TolonG Yer :-)

Friday, September 17, 2010

M Rajoli meninggal dunia - Al-fatihah

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam.

Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.

baca seterusnya:
sumber: http://www.utusan.com.my

Al-Fatihah buat allahyarham semoga beliau tenang di sana...
pasti selepas ini akan rindukan lakonannya yang menghiburkan...

Thursday, September 16, 2010

'Depan cakap lain'...versi emo..

abil kat google jer gambar ni

Haih ni tak abis2 lagi kisah dia org nih...sapa lagi kalau bukan Si Abby n Norman tu..
Adoi....kalau bab2 artis nih malas nak fikir sebenarnya...tapi kalau berita pasal depa dok menyegeh jer baca lah jugak...ni pandangan aku ni...tak de kena mengena dgn sesiapa yer..

'Depan cakap lain'

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Duit hantaran dan duit untuk buat majlis kenduri kahwin kami lapan tahun lalu adalah dua perkara yang berbeza. Dia sendiri tahu mengenai hal ini. Jika hendak tahu siapa bercakap benar atau tidak, saya mahu mengajak Norman Hakim ke masjid dan angkat sumpah depan al-Quran.

“Apapun yang berlaku , saya akan tetap menuntut hak saya termasuk beberapa perkara lagi yang belum selesai. Sehingga ke lubang cacing sekalipun, saya akan terus berusaha mendapatkannya semula,” tegas Abby Abadi, 32, berkenaan tuntutan hutang duit hantaran RM11.111.11.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, dia terpaksa mendedahkannya di akhbar kerana tiada jalan lain lagi menuntut segala yang menjadi haknya daripada bekas suami, Norman Hakim atau pemilik nama sebenar, Mohamed Nor Hakim Zaidon, 34.

“Saya sudah sampai pada satu tahap tiada cara lagi untuk mendapatkan hak saya semula. Saya juga sudah lama beri ruang kepadanya untuk menyelesaikan apa yang tertunggak selepas dua tahun kami bercerai.

Baca selanjutnya....

Sebagai seorang isteri juga aku memang simpati jugaklah dengan Abby ni...nasib yang menimpa diri dia...suatu ketika dulu glamer habis kawen lelaki hensem...tapi tu dulu...bukan masalah hensem ke tak tapi masalah perangai manusia ni...

Kenapa hal2 cam ni sekarang baru nak kecoh2?? Di saat Norman Hakim itu berada di ambang kebahagian bersama bakal isteri baru yang pernah juga ditangkap bersama-sama satu ketika dulu...(aku suka depa kahwin pasal aku bohsan baca berita artis kena tangkap khalwat ler...)

Balik kepada persoalan di atas...korang tahu kenapa? Sebab seorang isteri biasanya penyabar...tak suka berkira sangat...buleh terima si suami seadanya...korang fikir kalau mereka tak bercerai ada ke timbul hal2 cam tu..tuntut sana-tuntut sini...penat tuuu...aku yakin sampai mati pun si isteri akan redha...(kalau isteri tu baik dan memahami ler..)

Pengorbanan isteri ni sungguh besar...semua suami wajib mengasihani/ menghargai dan setia kepada isteri kerana mereka cukup berjasa dalam rumah tangga...daripada A-Z. kalau suami penat bekerja..isteri mungkin 4 kali penat lagi kerana terpaksa uruskan hal rumah tangga...

Jikalau sedikit kesetian pun suami gagal nak hadiahi isteri malah bergembira dan bangga pula hendak membina masjid yg baru cam mana?? mereka ini patut diperingatkan agar mereka tidak melepaskan hutang dan tanggungjawab mereka dengan sewenang2nya...

p/s: aku boleh bersabar lagi heheh

Flo Ellen's 1st GiveAway..

Hari rajin plak nak join Flo Ellen's nyer GA


Gambar 1 : 12 bulan

Gambar 2 : 6 bulan

Gambar 3 : 20 bulan

Gambar 4 : 4 tahun

sorry yer tuan tanah kalau tak tepat....
Susah jugak nak teka umo anak ellen ni...tatau ni anak yg sama atau lain2..tapi wajah mesti berubah mengikut peningkatan usiakan...

Nak join? klik jer..

'Contest Memek Muka Si Manja'

Ha..dah lama tak menceburkan diri dalam dunia kontes nih...
Ni ambik kesempatan join Ibu Aqil nye kontes...menang kalah tak kisahlah...bagi sokongan kat kawan2 ni...

Gambar yang dipertaruhkah...Cik Hani muncung2...
Nama: Hani Arina Hasmadi
Umo dia: 3 tahun 5 bulan

Nak Join..klik Sini yer....

Beraya lah pula (1)

Mula2 nak letak gambar Kak Safiah...sempat snap pica dia sekeping tapi gambar tu cam tak berapa cantik plak...
jadi aku letak jer gambar hani ni mana nak bertolak ke rumah k.Safiah..


Petang tadi berkesempatan berhari raya ke rumah kak Safiah (mantan PK Hem SMSSI)...
Aku cakap kat Cik Hani nak pergi rumah kawan Mak jer...
Apa lagi seronoklah budak kecik tu...(kecik ker anak aku tu?)

Sampai kat umah Kak Safiah lebih kurang kul 6 petang...rupanya ada tetamu...
Bukan orang lain..anak murid kami jugak...Fiqri Qardawi dan Zul Rothman (tatau betul ke salah aku eja tu..) mereka kelihatan tengah selera makan biskut2 raya yg ada kat atas meja tu...(ni dah raya ke-6 dah tentu biskut raya akan menjadi semakin lazat)..

Tak banyak yang dibualkan dengan kak Safiah sekadar bertanya khabar dan sedikit perkembangan terkini sekolah masing-masing (beliau kini bertugas sebagai PK di STF)..
Tu pun tengok2 jam dah hampir kul 7 malam...masa keluar nak balik elok2 azan maghrib berkumandang...cepatnya masa berlalu...

Anak aku Cik Hani tu macam takut dengan Kak Safiah ni...jd dia mcm tak pandai nak mesra2...takut ler tu gamaknya...korang tahulah....dia kenal kawan aku tu menjak dia PK Hem lagi...garang woo...cakap pun tegas semacam...Cik Hani pulak manja2 gitu...yer ker hehehe..

Apapun kak...Tq lah...seronot dak Hani tu dapat duit raya dua kali dari akak = RM20.00..bukan budak kecik tu jer yg dapat...dak besar dua orang yg beraya tu pun dapat jugak...hehe tu yg buat budak2 tu wajib tayang wajah2 mereka di Aidilfitri kat umah akak tu huhuhu...

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga buat Kak Safiah dan family.... Tq atas segala tunjuk ajar akak pada saya selama ini....

p/s: dah sampaikan salam kak Rozie pada Kak Safiah

Wednesday, September 15, 2010

Syahdu di Aidilfitri..



Di pagi Aidilfitri tahun ini (selepas sembahyang raya) kami sempat bermaaf-maafan..
Cik Hani dah mula mengerti erti Aidilfitri...

Dia salam dan cium tangan Mak dia ni sambil berkata "Mak, saya minta maaf"
Kemudian dia salam pula tangan Papa dia sambil berkata "Papa, saya minta maaf"

Aku tak tahu kenapa bila dia cakap macam tu air mata aku ni menitis...
Terharu...sedih...adakah dia mengerti apa yg diucapkan itu...

Kemudian Hani berkata.."Selamat Hari Raya Mak..Selamat Hari Raya Papa.."
Sesungguhnya aku terharu kerana tahun ini baru Hani ungkapkan semuanya buat Mak n Papa dia...tahun lepas dia lom mengerti lagi...

Selepas itu aku mengambil kesempatan mencium tangan suami dan memohon maaf..
Di saat Papa Hani mencium Mak dia pula..Hani menangis teresak-esak kerana memikirkan kami berdua tidak menyayanginya...

Padahal dia tidak mengerti bahawa dia adalah segalanya bagi kami berdua....

Tuesday, September 14, 2010

Hani di Malam Raya...


Pulun bermain bunga api lah....
dengan bantuan mak cik2 dia...
sampai tak ingat dunia...
pas main tengok apa jadi?????


nangis2...besi pemegang bunga api yg panas jatuh atas kaki...
tu pasal ada ubat...nasib baik tak teruk...
tapi melalaknya leh tahan jugak...
Ha! ni lah stok bunga api pak cik dia tuk hari raya hari tu...

Tuesday, September 7, 2010

Dia tidak sempat berjumpa dengan Aidil Fitri....

Ambil dari google
Assalamualaikum...
Tahun ini aku bersyukur kerana berjaya (dgn izin Allah) berpuasa cukup sebulan...
Berbeza dengan tahun lepas yang penuh dugaan...terpaksa menggantikan puasa sebanyak 15 hari...
Apa yang belum berjaya lagi ialah tarawih penuh sebulan sepanjang Ramadhan...
dan...khatam Al-Quran di bulan mulia ini...sentiasa ada halangan...

Ya Allah..aku mohon pada Mu agar aku dapat melalui lagi Ramadhan pada tahun depan dan dapat merubah diri untuk menjadi lebih baik...

Ya Allah Kau cucurilah rahmat ke atas roh Nenek Saudara ku yang dijemput kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu yang lepas....Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di atas Masjid kg tatkala tengah wirid dan zikir selepas sembahyang Subuh berjemaah.

Sebelum itu beliau demam selama seminggu namun masih sempat ke Kuala Lumpur menjemput anak beliau yang tinggal di Kuala Lumpur kerana anaknya terlalu rindu dan ingin berjumpa dgn emaknya dan mereka dapat berjumpa sebelum ibunya menghembuskan nafas yang terakhir...

Uppsss Apa dah jadi??

Assalamualaikum...

Syoknya dapat balik Kampung...Aku dah selamat sampai ke Kota Bharu pada kul 4.30 petang hari Ahad setelah bertolak kul 8.30 pagi dari Mersing....perjalanan memang lancar...kereta tak banyak n segalanya memang ok. Singgah kat Shell sebelum ShahPutra untuk memunaikan janji dengan Kak Rozie...pas tu teruskan perjalanan...maka sampailah aku n keluarga ku dengan selamat...hari ni nak keluarkan duit sket nak beli barang2 tengok2 kad ATM tak ada...semua duit kat situ huhuhuhu sah2 tertingal/terjatuh kat rumah di sana uwaaaa...kenalah beratu kat bank keluarkan secara manual...seb baik hari ni...masih ada peluang...kalau malam raya baru aku sedar??? HARU..

So, jangan lupa yer bawak balik sekali brg2 yg sangat berharga...
Selamat Berhari Raya...

p/s seb baik duit raya tuk sedara mara ku buat balik....

Thursday, September 2, 2010

Dah masuk Zon Cuti...yahooooo...

Pinjam yer En Google
Bila habis jer sekolah tadi aku betul2 dalam mood cuti...lapang rasanya...
Semua kerja2 yang patut disudahkan tinggal kat sekolah...
Tak mou buat balik rumah...tak mou benda2 tu naik keta balik beraya jugak...
Sebab aku tau kalau bawa balik kg pun aku akan anak tirikan mereka..
Malah aku tak akan jeling pun mereka..
Mereka akan terperap jer kat tepi dinding atau atas meja dalam bilik yang gelap...
Kalau itu terjadi aku akan sedih walaupun time tu aku cuti...
Kerana aku tau semua tu tak akan setel gak...
Malah jadi mimpi ngeri pulak kat aku...

Esok lepas sahur n sembahyang subuh aku akan bertolak balik kg aku n suami nun di KELANTAN sana...
Kalau ada jodoh akan singgah umah kak Rozie di Kuantan...tapi belum pasti...aku nak tunaikan permintaan dia tu nak adiah ari jadi....
Dalam perjalanan esok pasti compius terjadi...."nak balik rumah siapa dahulu?....
****Rumah Tok Mek & Atuk @ rumah Tok Mek & Tok Ayah...
Ini juga satu persoalan yang besar nih....
Tak boleh salah buat pilihan..
Tapi kalau tak ada pilihan jawapannya kami akan buat lucky draw..
Caranya?
Tanyalah Hani Arina...dia pasti akan ada jawapannya......

Buat semua kawan2 SELAMAT BERCUTI....

Wednesday, September 1, 2010

Masa Menunaikan Janji.....

Semua Nasi dibungkus ala nasi berlauk pagi (tak ada bekalan polisterin)

Semalam aku telah menunaikan janji dengan menti untuk mengajak mereka semua berbuka puasa di rumah...tetapi disebabkan rumah masih dalam proses mengemas jadi tak dapatlah hajat itu ditunaikan walaupun dia orang sudi menolong...

untuk tidak menghampakan hajat dia orang aku masak dan bungkus bagi kat dia orang..antara menunya ialah seperti dalam gambar tulah...
Kari ayam yang tak berapa nak kari.....
Udang masak merah jer...
Sayur kobis masak biasa2 ajer....
S
etelah janji ditunaikan aku rasa bahagia dan tenang sikit...walaupun masak simple jer..
Teringat tahun2 dulu aktiviti ini jd macam rutin...terutama semasa Asiah Hamsan kat sini sebelum dia pindah kuantan...
Sekarang ni macam tak ada sangat dah.....
Pasni mesti mereka menuntut Rumah Terbuka pula...