Kawan-kawan


Friday, April 30, 2010

Hilang Duit Episode 2

Hilang duit lagi…Paling sedih lepas n3 pasal hilang duit aku tulis..hilang lagi..
Beberapa jam sahaja daripada n3 yg aku tulis tu..

Kali ni RM100..Dalam pada itu jugak tak ada sapa yg boleh aku syak..
Aku mula pening…nak selongkar pun tak tahu nak selongkar kat mana sebab dlm handbag memang tak ada semak samun..clear jer..

Aku dah tak boleh sabar..aku telefon mak aku kat kg..(mak tempat mengadu susah dan senang)

Aku dah tak larat nak menggantikan duit…kopak dah ni…
Mak aku janji nak tolong..baru tenang sikit..
Doa dan sembahyang hajat dari mak memang aku dambakan selalu kerana..itulah ubat bagi segala ketenangan dalam hidup ku..aku yakin doa seorang ibu..

Memang berita dari ibu kurang enak untuk didengar…korang mesti faham kan…
Dan yg terakhir pada hari penutup bulan 4, sekali lagi time nak bayar selepas makan kat salah sebuah kedai kek…buka zip bag tengok hanya ada duit syiling sahaja…nasib baik tak bayak dlm RM12 inggit sahaja aku hilang….

Aku nekad ambik keputusan jumpa Ustaz…
Sekarang beg duit dikosongkan...syiling ajer yg ada...
Moga semua ini akan berakhir...
Insyaallah..

Demam Melanda...

Assalamualaikum..

Sejak semalam rasa kurang sihat..
Tekak jd perit benar..
Hidung mula bersoksek..
Smlm kepala pening yang teramat..
Nasib baik ada ubat dari Hospital yg aku dapat minggu lepas..

Aduh..demam pulak..
Dah dua tiga hari ni perasaan asyik terganggu jer…
Banyak benar perkara yang tak diduga berlaku sejak akhir2 ini..
Aku harap aku cepat sembuh..

Tuesday, April 27, 2010

Hilang Duit...huhuhu..


Bayangkan hampir 4 keping duit mcm ni aku hilang....wawa...sedihnya...

Memang aku tension (sikit2 lah) dalam masa terdekat ni dah dua kali aku hilang duit. Sekali tu duit buku budak2 hampir 200 hinggit, minggu lepas lagi sekali 100 lebih hinggit…tak tahu kat mana hilangnya sebab sebelum ini duit tu ada jerk senyum2 kat aku…

Bila duit hilang aku apa lagi nak buat kerja pun tak kena…runsing pun ada…nampaknya tak ada rezeki aku kali ini kot…ganti jerlah…wp menggigil jari jemari aku time nak ambik duit dari beg duit aku…terpaksalah…

Benda dah jadi, nak buat mcm mana, dugaan namanya atas kecuaian kita sendiri…aku tak mau salahkan sesiapa meskipun org yang telah ambik duit tupun…kucing mana tak suka nengok ikan…dosa tanggung sendiri..yg pasti aku tak mou ilang duit lagi….
Perit nak menggantikannya…

Tag lagi..Cekodok daripada Bunga

Terima kasih kerana menghantar cekodok yang Nampak sangat lazat ini…
Bagaimana kalau saya nak yg betol2…saya kena buat sendiri..

Syarat-syarat bagi mereka yg ditag ni ialah...
1. Kena letak pic cekodok dengan bau2nya sekali.
2. Sebutkan nama penghantar cokodok tersebut..
3. Bagitau kenapa cokodok pisang menjadi sarapan pilihan anda.
4. Kena tag cekodok ni kat 4 blogger lain pada waktu pagi je



1. Kena letak pic cekodok dengan bau2nya sekali.
Dah letak kat atas ni.. tapi baunya mana????

2. Sebutkan nama penghantar cokodok tersebut..
Nama penghantar itu ialah Bunga nun jauh di negeri atas angin…patutlah cekodok tu dah ilang baunya…jauh sangat…

3. Bagitau kenapa cokodok pisang menjadi sarapan pilihan anda.
Dulu-dulu adalah…suami suka nih..kita pun semangat ada lebih sikit nak buat…tapi skrg ni dah tak boleh dah..teringin sangat baru beli seringgit…tu pun langgar pantang kiranya huhu…
Kalu buat suka bawak g sekolah tunjukkan kat kwn2 yang berpantang makan cekodok pisang…dugaan dan akhirnya tak leh tahan..ternodalah pantang itu…
Cekodok ni sedap kalau di makan time panas-panas…
Aku rindu nak memasaknya…

4. Kena tag cekodok ni kat 4 blogger lain pada waktu pagi je
Waktu pagi jer? Sekarang dah tengah hari….

Monday, April 26, 2010

Alamak....kena Tag oleh Ibu Aqil plak..

Ibu Aqil baik betul sudi pulak taq2 Mak Hani ni....Erm....ni tanda Ibu rindu kat Mak Hahi ni...Tak apa bu, Ibu ingat saya, saya ingat gak kat ibu...
Semoga persahabatan ini berkekalan yer bu...

~Tag dr Ibu Aqil~


1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogger



Ni lah gambar yang kena...
Ni gambar lama dah...masa tu Hani kecik lagi...
Tak de nak gi mana pun, nak balik umah nenek dia kat Tumpat kot...
Sume orang kata muka Hani tak sama dengan muka Mak dia..
Dia lebih pada muka papa dia...
Tak per ikut muka sapa pun...anak Mak jugak yer Hani...

Ibu kita tak tau nak Taq sape......

Award dari Ibu Aqil

Hiiiii...first time dapat award....
TQ Ibu Aqil...bangga nih...
Sayang Ibu...



Nanti kena rajin2 lah jalan2 kat umah Ibu Aqil kat alam maya nih...

Saturday, April 24, 2010

Makan Tengahari di Hotel Sri Malaysia

Satu hari tu aku g makan tengahari kat Hotel Sri Malaysia..
Dia ada buat offer pada bulan April nih...tujuan apa tu aku kurang peksa lak..
Murah je RM 8 utuk satu set. cukup la sorang makan 2 orang pun ok..
Terpengaruh dengan kwn2 yg ckp sedap sensangat sampai makan tahap dugong kenyangnya...
Aku ngan suami pergilah pada hari Jumaat selepas suami aku balik dari solah Jumaat..

Tgk gambar2 ni...
Sedap ker?


Ni air...




Ni hiasan atas meja...tak leh makan yer...



Ni ulam-ulaman



Sambal belacan n telur masin



Kari daging..



Ayam masak cili api



Kangkung goreng belacan



Yang ni sayur campur

ok tak? semuanya RM 16.00
Tapi selera orang tak sama...bagi aku....
Tapi tak per lah...murah...

Satu Petang di Tanjung Leman...

2 Minggu lepas sambil g kenduri rumah rakan suami di Tenggaroh 5 terus jer g Tanjung Leman...Kesian kat Hani dah lama tak gi pantai..
Naik gian dah nak main pasir n mandi...

Ni gambar yg aku sempat ambih guna hp murahan...









Boring punya pasal...aku ambik gambar selipar buruk yang aku pakai....
Sejam lebih jer kat sini...balik...

Friday, April 23, 2010

Cetak Rompak

Pada tahun 2008, aku pergi menemani suami buat satu kajian mengenai sumbangan tokoh kpd masyarakat...

Tokoh yang aku pilih ialah bekas Ustaz aku yang mengajar Sejarah Islam masa aku tingkatan 6 iaitu Hj Abdullah Al-Qari bin Hj Salleh seorang penulis buku agama khususnya yang terkenal dan turut dikenali sebagai cucu Tok Kenali..

Mengikut beliau, hasil tulisan (buku) beliau sememangnya banyak dicetak rompak terutamanya di Indonesia dan dijual dengan harga yang lebih murah namun beliau sangat positif dalam hal ini..

Bagi beliau cetak rompak ke atas buku-bukunya akan membuatkan lebih ramai orang dapat membaca hasil tulisannya dan menjadikan apa yang ditulis panduan dalam kehidupan. Secara tidak langsung aktiviti cetak rompak itu sebenarnya turut membantu beliau menyebar ilmu yang ditulis bukan sahaja di Malaysia malah juga di luar Malaysia. yg penting ilmu itu sampai pada masyarakat bukan wang semata-mata...

Beliau berpendapat begitu kerana beliau menulis bukan kerana wang tetapi kerana ingin berkongsi dan menyampaikan ilmu agama kepada seluruh masyarakat. Agar hidup manusia sentiasa dalam keberkatan.

Aku pernah melihat sebuah buku kerja (latihan)untuk pelajar2 tingkatan 4 subjek *** kat bahagian depan buku tertulis sebarang salinan yang dibuat tidak akan dihalalkan..
Apa pendapat korang?

Tapi aku dah terfotostat buku tu sblm aku tengok amaran keras tersebut...aku mohon maaf banyak2 kat tuan penulis buku itu...selepas itu aku tidak lagi menggunakan buku itu meskipun untuk dijadikan latihan bg pelajar2 ku....perkataan tidak DIHALALKAN itu membuatkan aku terkedu....

Bagaimana pula dengan VCD @ CD cetak rompak?
Mampukah kita positif dengan cetak rompak (selagi tidak membahayakan)

Sunday, April 18, 2010

Mentor oh Mentor...



Sekarang ni memang ramai betul orang minat nak jadi artis...
Senang jer ke nak jadi artis ni? Entahlah...
Aku pun jadi teruja jugaklah....(tapi bukan teruja nak jadi artislah..)
Teruja nak tengok rupa2 dan gaya2 orang terdesak nak jadi artis..
Kononnya nak bantu keluargalah...nak bahagiakan mak bapaklah...nak bagi kesenangan pada mak bapaklah....mcm2...boleh ke macam gitu??
+++ tangisan yang menyanyat hati plak tu...
Mungkinkah kita dapat membahagiakan mereka dengan gaya kita yang.....(malu nak cakap)
Tu baru dunia akhirat belum lagi kira!!!!
Maruah sebagai orang Islam ntah dibuang kat mana...

Bila aku tengok MENTOR semalam...adoiiii...
Suami aku sampai tak sanggup tengok...dia kata BODOH....buat malu kaum jer...
Aku tengok sorang2 jer lah dengan anak pompuan aku main pondok2 kat depan tv
Sedih bila ada peserta tak tahu pun dia ada bakat atau tak...
Aku yang buta seni ni dengar pun sakit telinga tapi orang yg menyanyi tak tahu dia nyayi sedap ker tak...kesian betul...
Bila tak leh timer kenyataan sibuk plak dok salah kan rupa paras anugerah Tuhan kononnya juri pentingkan rupa semata-mata.


Bukan sikit orang yang gelak kat telatah diaorang tu
Tapi...
...satu Malaysia...
Kesian.....

Wednesday, April 14, 2010

Cenderahati lagi....








Terima kasih banyak2 kat menti aku nih iaitu Nur Masitoh Islamiah atas pemberiannya yang merupakan bekas pensil dari Sarawak...

Juga kepada Cg Dayah...yang bagi aku keychain..

TQ semua...

Apa aku buat time free

Apa yang aku tulis adalah untuk memenuhi hasrat kawan aku yang kini mengajar di SBPI Kuantan...
Pn Roziawati...moga akak berpuas hati yer...

Bila aku free n online benda mula-mula aku buat ialah buka facebook...wp aku jrg2 sangat mengomen atau membebel aku tetap bukak jugak...ha...ni lah rupa fb aku...



Tujuan jengok2 fb tu tgk2lah apa yg kawan2 dan bekas2 anak murid dok story pasal apa tapi yg lebih penting aku nak melawat kebun kesayangan aku nih......mcm2 ada...



pastu aku jengok pulak kedai makan kesayangan aku nih...bantu apa2 yang patut pulak..



kalau rajin aku g melawat kebun nih...nama dia Garden Life...aku terjerumus pun sebab tak tahan dengan ajakan kak Rozie n tak sampai ati plak nak tolak...rupa tak cun langsung...



Bosan kat fb aku buka blog aku sambil sapu apa2 yang patut...maklumlah kadang2 ada sawanglah, sampahlah, habuklah...tapi tengok akan kerajinan aku jugak....



Ha.....puas belek2 blog sendiri g lah pulak tengok blog2 lain.....teratak rakan2 blog tapi yg pasti aku akan tengok kak Rozie punya dulu...kalau ada sidai kain yg baru aku akan buka n baca....

Tulah yg aku buat kalu aku online...harap akak puas hati yer....ok tak?

Tuesday, April 13, 2010

Kek Lapis & Ikan Terubuk Masin




Nilah rupa kek lapis dan ikan pemberian Kak Yang2...TQ kak...

Entry ni khas buat kak yang2 yang baru jer pulang dari Sarawak kerana mengikuti lawatan muhibbah ke SM Sains Kuching. Lawatan ini adalah percuma untuk semua warden dan pelajar yang memegang jawatan ketua serta penolong setiap rumah...dalam 30 orang atau lebih kot yang terlibat..

tak kisahlah sebab aku bukan warden pong...

Terharu bila kak yang2 tak lupa bagi kat aku kek lapis-lapis tu...ikan masin tu..

Aku dah masak dah ikan tu...esok nak bawa sikit kepada kak yang2...

Monday, April 12, 2010

1st-ever-contest-muka-garang-si-kecil

Pertama kali masuk contest nih..
Garang tak?



Nama: Hani Arina bt Hasmadi
Nama manja: Hani
Tarikh Lahir: 28 Mei 2007
Nama Ibu: Nor Faizah bt Berahim
Nama Bapa: Hasmadi bin Hamid
E-mail: faizzhani@gmail.com

Sunday, April 11, 2010

Aduihhh...Balik kul 5 petang lagi ari ni...

Tiba hari Isnin jer bermulalah rutin aku..
Hari ni jadi hakim bahas lagi...ni untuk final dah..
Jap lagi kena g solat kat surau sekolah jer..bahas kol 3.00 ptg akan mula...
Hari ni mcm biasalah...balik kol 5 petang lagi...
nasib baik tak ada kelas tambahan....kalo tak..kol 8.00 malam dtg sekolah lg...

sekolah....oh..sekolah.....

Esok ada kelas petang plak....
start kol 3.00 petang la...sampai kol 4.30 petang...
Nampaknya balik kol 5 petang lagi ler....

Dari pagi sampai petang jawabnya kat sekolah..
Demi pelajar...

Biasalah kerja kat sekolah ni...
Bunyi macam mudah.....
Tapi penat-penat jugak....
Aku cuma insan biasa...

Inilah sekolahku...



Ha...inilah sekolah aku...
Bagi aku sekolah ni best lah...
Sebelum aku ngajar kat sini aku kat SMK Nitar 01 bermula 12.06.2000
Bulan 8 2003 aku berpindah ke sek ini lah SMS Sultan Iskandar hingga 2007
Bulan Jan 2008 aku pindah balik kg tapi sampai kat Tanah Merah sahaja...tapi syukur dapat kat bandar...SMK Tanah Merah 1.
Bulan Jun aku mohon pindah ke SMS Sultan Iskandar balik kerana suami posting di SK Tenggaroh 7 pula...
Bila pihak sek tahu aku mohon pindah..kebetulan ada cikgu lebih...aku dapat surat bertukar ke SMK Batu Gajah pula...agak ke dalam sikit tapi kena lalu highway pula...
Sebulan sebelum pindah ke sini aku kena pindah ke sekolah baru...sebulan je kat SMK BG. Minta tangguh untuk terus ke Johor tapi tak dilayan..
Jun 2009 aku kembali ke Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar sehingga sekarang dan belum ada lagi cita-cita nak balik kg...

Hampa....dan Hampa.....



Sebenarnya sekolah aku akan meneruskan lagi program pengantarabangsaannya buat kali ke-2 pada tahun ini. Kalau sebelum ini (bulan March) mereka ke Yogyakarta, kali ini mereka akan ke Padang pula (bulan November)

Kalau masa ke Yogyakarta dulu mereka buat lawatan silaturrahim dengan para pelajar SMA Negeri 1 Teladan, kali ni tak pulak aku pasti ke sekolah mana...

Sesapa pun boleh pergi, murid2 memang digalakkan, kalau ibu bapa diaorang nak ikut lagi bagus, cikgu, PIBG dan yang berkenaan je lah...

Sambutan kira ok lah...ramai gak yg ikut termasuk ibu bapa merekalah....

Aku teringin nak ikut kali ini ke Padang...Pengetua ada plan baik punya..ye lah kita tahukan Padang macam mana... ni lah masa kita nak bantu-membantu sambil nak membeli belah...

Tapi bila aku mintak jer kebenaran dia nak ikut....sungguh ku tak sangka...jawapannya...hampa..hampa..dan hampa...

Dua tiga hari kemuadian aku pujuk lagi manalah tahu pendirian dia dah berubah...
Dengan semangat aku meminta persetujuannya...tapi keputusannya sama juga...
Dalam hati aku ingat nak bayar jer...biar aku belanja...tapi....

Akhirnya aku pasrah dalam kehampaan...kenapa suami aku tak nak ke sana...aku yakin ada hikmahnya...

Sunday, April 4, 2010

Belajar Sembahyang



Dah besar anak aku nih...
Dah mula belajar sembahyang...
Bagus anak mak...

Ambik air sembahyang pun pandai dah..
Tapi tiru-tiruan ngan akulah...
Kalau tengok aku sibuk ambik air sembahyang...
Dia pun sibuklah...
Tak apa lah asal dia nak belajar..

Kain sembahyang kecik ni nenek dia yang beli..
Mak aku lah tu....
Habis dengan anak mak cik aku sekali..
Bagus katanya ajar dari kecik..
Insaf plak aku ni....
Berapa inggit...
Tak kisah lah...
Nenek dia bagi free...

Anak aku sekarang dah solat..
tapi kadang2 jerk..
Alahh nama pun budak...
Kalau sembahyang dia siap dulu dari aku...
Pas tu siap cakap lak dia dah siap...

Pasal sejadah plak...
Kecik lagi dah pandai memilih...
Yang kecik-kecik saiz budak tak nak...
Nak yang besar...
Walaupun dia kecik...
Berebut plak sejadah kita...
Dah sejadah kita jadi sejadah dia...

Tak apalah...
Lagi pun dia budak-budak baru belajar...

Buat anak mak...
Jadilah anak yang sollehah..
Mak tak ada anak yang lain melainkan engkau...

Cerita Aku di Ujung Minggu..

Kenapa lah aku rasa cuti ujung minggu ni kejap jer...pejam celik-pejam celik dah hari ahad. kejap benor adehhh..

Banyak lagi kerja aku yang sangkut...ujung minggu tak beres jugak...kain nak cuci, nak lipat, nak sidai...tu baru kain...

Ujung minggu time tak leh miss masak...tambah dengan memasak pulak....makin bertambahlah kerja aku...

ni pong kira aku dah 'cut' hobby aku yang suka shopping tuh....bukan apa 'cut' budget ler...takut lari...akukan cepat rabun mata...ehh..rambang mata...

Hari ni ujan plak...syukur...berapa lama dah cuaca panas jer....ni kira sejuk lah sikit....

Upsss....kena stop dah...nak iron baju aku....baju suami dah beres....

Time ujung minggu mcm aku nak buat....time ni jugak lah aku nak tidor lebih masa...

lama lagi ke nak cuti sekolah....tak sabar aku....

Thursday, April 1, 2010

Al-Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi

Terkejut gak bila dengar radio pagi tadi masa nak pergi kerja yang mengatakan Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri ataupun 'Din Beramboi' telah kembali kerahmatullah....

Bukan apa, bagi aku arwah seorang yang cukup menghiburkan.. walaupun aku bukanlah peminat setianya tapi dia sentiasa ada bersama-sama keluarga ku...

Bayangkan... hari-hari dan ntah berapa kali sehari anak ku tengok cerita Afi dan Abah dan tengok cerita Tom-Tom Bak... time citer tu on jangan harap dapat tengok cerita lain..

Bagi orang tua mcm aku pulak...baru jer rasanya dgr komen2 menghiburkan semasa arwah dan kawan2 jadi hakim program raja lawak.. Aku rasa tulah program Raja Lawak yang paling best... walaupun pesertanya tak ler best sangat bagi aku...

Meskipun suara yang menghiburkan itu masih tergiang2 di telinga aku time aku dengar Radio Era tapi apakan daya...hakikat sebuah kehidupan...sampai masa kan pergi jua...

Semoga roh beliau dicucuri rahmat...aman...dan tenang di sana...