Kawan-kawan


Monday, May 31, 2010

Petang2 Masak Cucur Bilis

Kalo tak ada kelas petang...free jer masak cucur bilis...(jeput malas kata orang kelantan)
Pencecah dia mesti beli kat kelantan punya...Cap Merak..
Nilah gaya cucur yang aku masak..


Ni yg blom goreng...


Ni dah goreng...cukuplah utk makan satu keluarga...

Cara Membuatnya:-
1/2 kilo tepung gandum
Ikan bilis secukupnya
Satu ikat kangkung - banyak lagi best
1-2 biji lada merah
2 biji telur
sedikit garam dan gula
2 labu bawang besar kuning
1/2 sudu mauripan - untuk lebih lembut..

Wednesday, May 26, 2010

Award dari Amy Syaquena (SINAR RAUDAH)



Haaa...Award ni diterima daripada Amy Syaquena tuan tanah Sinar Raudah

TQ banyak2 Amy...sorry lambat pulak ambik award ni hehehe...
Walaupun baru kenal...Amy sangat bermurah hati dengan memberikan award ini...makacih...

Antara penerangan award <-- macam penerangan bendera pulak :) copy terus dari yang empunye blog: Fiza

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.


FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.


LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Sunday, May 23, 2010

Khabar sedih dari kg...



Semalam aku mendapat panggilan dari kg...
Khabar sedih ttg dugaan yg menguji mak saudara aku...
Rupanya dah hampir sebulan mak cik aku tak dapat pergi kerja..
Hidupnya jadi orang lain...
Yang tak kenal diri...
Dirinya dikuasai...

Aku termenung memikirkan dugaan yang Allah berikan padanya.....
Perasaan sedih bercampur baur...
kerana..
Aku jua pernah mengalaminya...

Disaat itu aku merasakan betapa kecilnya dugaan yg Allah berikan kepadaku...
Aku masih ingat dan selamanya ingat..2 minggu sblm habis pantang pd tahun 2007..
Aku ditahan di wad selama 10 hari dalam keadaan badan yg lemah, pakai oksigen, tak boleh makan dan muntah serta buang air hampir 30 kali sehari...
Masa itu anak terpaksa aku tinggal kat mak mertua..
Mak aku pulak jaga aku kat sepital gilir2 dengan suami aku ikut shif kerja suami aku..

Maka berkampunglah aku, suami dan mak aku kat hospital...sehinggalah suatu hari aku minta mak aku sembahyang hajat dan buat air penawar utk membantu kesihatan aku..aku memang dah tak berdaya..nak bercakap pun tak berdaya..nafas sangkut...
Orang yang melawat semuanya memohon maaf...

Terasa diri ini terlalu hampir...hampir dengan sebuah kematian...
Aku takut...semua kesilapan dan dosa2 bermain diruang mata...

Aku bertaubat....

Selepas minum....alhamdulillah kuasa Allah...aku semakin pulih..nyatalah semuanya ujian untuk menguji dan meyedarkan hambanya...

Aku bersyukur kerana Allah bagi aku sakit kerana disebalik ujian itulah tanda Allah sayangkan hambanya yang banyak melakukan kesilapan dibumi ini...dan aku diberi peluang...

Yakinlah setiap ujian yg diberikan itu adalah yg termampu dipikul oleh hambanya...Ingatlah dan yakin bahawa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang..

Gambar tu pinjam dari PC Google

Saturday, May 22, 2010

Oh Anak...

Oh anakku...
Mengapalah pepagi buta cam ni dirimu masih nak tengok tv..
Siapa yg menjadi mangsa..
Ibu mu inilah terpaksa bersengkang mata...
Sampai kat ASTRO tu dah habis citer cartoon yang best..
Jam kol 3.25 pagi barulah dirimu lelapkan mata..
Ibumu jugalah yang kena angkat...bawa masuk dalam bilik...
Aduh anakku...jgnlah buat cam ni lagi..
Nasib bek mak tak kerja sok...

Petang yang haru..

Peristiwa haru di petang hari...

Tiba-tiba suasana jd gelap...semua terpadam...
Tak de letrik rupanya..
jam 3.50 petang..

"Pa...Tak de letrik ek? ke fius tendang..."
"Ada bunyi ker? Tak de kan...memang tak ada letrik lah tu.."
"Agak-agak lamat tak pa?"
"Entahlah...."
"Panas ek pa.."
"Tak panas sangat...kan hujan...nak gi tidolah..."
"Eh panas cam ni boleh nak tido..tak lemas ke?"

Dengan selumber nyer Mr Papa ni g tido dgn anak dia...ok jer...aku lah rasa lemas yang teramat...tak tahan aku duduk depan pintu rumah atas lantai bg sejuk sikit...sambil tu intai2 kotak fius tu...dalam hati tul ker tak tendang...

Lepas solat dlm kol 6 petang aku lepak2 dalam gelap...suasana kat luar pong gelap jugak coz hujan...

Dekat ngan Magrib aku sesaja lah buka tingkap bilik...baru rasa teringin nak tgk umah2 jiran ada cahaya ke tak...lg pun bunyi bising2 kat luar...

Tgk jiran cina dpn umah ruang tamunya diterang cahaya...aku pelik...aku intai plak jiran kiri umah aku...siap pasang lampu koridor lagi...aku..uhhh dok dalam gelap...

Suami aku dok pasang lilin...aku tanya dia..

"Pa..pasal umah jiran2 lampu nyale semuanya...kita jer gelap...cepat tgk kotak tu...saya dah agak dah tendang kat situ..."

Bila suami aku tgk..memang dan dia tergelak besar....adoiiiii....

Sempatlah 3 jam bergelap n berpanassss.....dugaan....

TAMAT

Friday, May 21, 2010

Bangunan pencakar langit Hani




Sebab dia boring dia buat benda ni...Aku beli yng besar punya supaya susah nak hilang..kalau hilang senang nak jumpa balik...tak larat nak beli banyak2 kali..asyik ilang jer kalau yg kecik2..

Buatlah dik apa-apa pun janji gembira...ni kes tak dilayan oleh Mak dan Papanya...ok jugak dapatlah bangunan pencakar langit sebijik...

Dr DetoX



Semalam aku cuba benda nih..
Kawan Abe aku yg jual...

Tujuan...
Buang Toksin
Badan lebih segar
Kurangkan Alergik
Meningkatkan kadar metabolisma
Kurangkan tekanan darah tinggi
Kurangkan sakit sendi
Tingkatkan sistem imunisasi
Lancarkan perjalanan darah
Tidur dgn lenanya
Kurangkan berat badan
Kurangkan bau kaki

Aku pakai lah mulai semalam..
Oh banyaknya toksin dalam badan aku ni....

Aku Tergoda akhirnya....





Oh..aku tergoda akhirnya dgn kain2 di atas tu...walaupun tak pada mata korang..
Dengan rasminya duit aku akan melayang pada gaji nanti RM 95 untuk kedua-duanya..
Abe aku tahu lagi nih...kalau dia tahu...habislah aku...banyak lagi kain aku yang tak jahit2....

Wednesday, May 19, 2010

Bagus...Anak Mak...



Kat Taman permainan kanak2...penat panjat menanjat minum air....



Dah habis minum...pandai plak buang ke dalam tong sampah...ok lah tu...

Monday, May 17, 2010

Tiba..tiba terima hadiah..




Tetiba jer pagi isnin lepas dapat parcel...tak tahu dari siapa...nak kata ada menang giveaway pun tak...

Jom tengok apa yang ada dam bungkusan tu....



Rupa-rupanya CD lagu-lagu rock....dalam tu ada 6 keping CD GEMILANG 101...mengikut orang yg memberi hadiah tu kata dia hantar berdasarkan nama yg dihantar oleh Radio MUzIk...aku ada menang kuiz katanya....bila..tahun lepas kot...aku tercengang2 jugak sebab tak ingat...adake aku masuk...

Pikir punya pikir adalah 2-3 kali antar masage kat Radio Muzik (RS) dah En Suami tu minat rock..kena pulak time kuar berjalan (lepas zohor) aku gatal tangan lah antar...hantar jer...time bila menang tu jadi misteri la....sebab aku tak tau...

Sunday, May 16, 2010

Hadiah Hari Guru....

Apa agaknya hadiah hari guru yang aku dapat pada tahun ini...
ha...Esoklah aku letak gambar dia...
Heheheh



Kebetulan suami g kedai House Of Healing...Dia beli ni sempena Hari Guru..nak suruh hilang parut2 yg ada kat muka aku...Tq Abe...

Selamat Hari Guru...



Semat Hari Guru buat teman2 seperjuangan di SMSSI, Mersing
Rakan2 guru di SMK Tanah Merah 1, Tanah Merah, Kelantan
Rakan2 guru di SMK Batu Gajah, Tanah Merah Kelantan
Rakan guru di SMK Nitar, Mersing
Rakan2 Blog yang bertugas sebagai guru atau pun tidak kerana kita sebenarnya guru kepada anak2 kita dan masyarakat di sekeliling kita....

Saturday, May 15, 2010

Kad Hari Guru dari Kak Yan



Sorry kak Yan krn lambat tempek kad Hari Guru ni..
Apapun terima kasih banyok.....

Thursday, May 13, 2010

Bicara Guru antara Dua Dunia..



Ni aku nak cerita pasal topik perbincangan para guru dalam dua dunia yang berbeza...
Hal ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku selama aku menjadi cikgi ni...

Ketika aku cikgu sekolah harian...

1. Bagaimana nak bagi budak suka apa yang diajar..
2. Bagaimana nak bagi budak tak ponteng time kita masuk kelas
3. Bagaimana nak bagi dia salin nota yang kita berikan (cara terakhir nak bagi
dia tulis dan duduk diam kalau tak dia jln2 dlm kelas sambil usik kwn2 dia dan
pelajar pompuan)
4. Bagaimana nak buat supaya mereka rasa mereka dihargai dan disayangi dan akhirnya
dia suka belajar dengan kita..
5. Bagaimana nak menghadapi mereka yang nakal2 time nak masuk kelas...(bersedia dr
segi mental dan fizikal)
6. Bagaimana nak buat supaya mereka kekal ada buku atau buku tulis supaya senang nak
buat kerja sekolah ( biasanya buku aku pegang n masuk kelas bawa) kalau tak tiap2
hari hilang2.
7. Bagaimana nak suruh dia bawa buku teks..(masa tu aku ngajar sejarah)
8. Bagaimana nak bagi dia hormat kat cikgu dan tak menganjingkan cikgu...
9. Banyak lagi benda yang dibincangkan dan yg terakhir sekali...
MACAM MANA NAK BAGI MEREKA LULUS..LULUS JER...
Tak pun..BAGAIMANA NAK BAGI DALAM KELAS TU AMAN JER..

Ketika aku cikgu SBP

1. Bagaimana nak kekalkan prestasi subjek
2. Bagaimana nak bantu budak2 yg dapat C atau B supaya dapat A
3. Bagaimana nak kekalkan result A bagi semua budak2 tu..
4. Headcount, OTI..ATR..ETR...dll
Pendek kata MACAM MANA NAK BAGI SEMUA BUDAK DAPAT A tu jer sebab yang lain2 tu
kita tak yah fikir sangat...

Ni berdasarkan pengalaman aku jer, pengalaman orang lain mungkin lain lah...

Wednesday, May 12, 2010

Saat perpisahan.....



Hari akhir Ummi (Pn Husni Din) kat sekolah ni...Memang sedih...Kami ni generasi pertama sekolah ini...bersusah payah pada peringkat awal...stay kat sekolah sampai kol 12 malam menyiapkan semua tugasan demi sekolah...Dia gak sempat tolong aku angkut barang dengan keta H.O.N.D.A putih dia masa tu dari rumah lama ke rumah guru dalam sekolah ni...masa tu aku tak ada keta, tak ada lesen dan tak ada apa2...ada moto sebijik tu pun kena curik time baru habis bayar...bayak jasanya...susah senang bersama..

Hari tu memang tak tahan...air mata ni akhirnya mengalir juga walaupon aku tahan sedaya upaya...dah 7 tahun bersama...semuanya bukan mudah...Ummi lagi lah dah 2 hari air mata merembes keluar..sampailah hari akhir tu...perpisahan sememangnya diiringi dengan kemaafan..maklumlah nak clear semua dosa-dosa mana tahu ada...nak jumpa uhuks tak tahu lah biler...tapi ada jugak yang sebaliknya...manusia bukannya sama...rambut sama hitam hati lain2...maaf2 ni tak mainlah...esok2 ko jawab...

Apa pun Ummi ko tetap dalam kenanganku...sentiasa hidop...
Selamat dapat baby jugak...wp ko nak anak laki tapi dapat pompuan...tak apalah rezeki..

Tuesday, May 11, 2010

IMANINA CUTE GIVE AWAY



Menjawab Taq dari Bunga...Jadi saya join...
IMANINA CUTE GIVE AWAY

Inilah pic kitaorang sefamily...



Gambar ni diambil kat Putrajaya..

Tarikh akhir penyertaan adalah pada :
20 Mei 2010
Nak Join KLIK SINI

Kawan-kawan yang di Taq...
1.Ibu Aqil
2.Seti
3.Kak Yan
4.MamaMuhammad
5.Yati

Ajar Geog pulak...

Bila cikgu Geog pindah ke Perlis 'n' naik pangkat jd HEM segala tugas mengajar dia jadi kosong....
Mangsa2 yang baru diintai untuk menyambung tugas2nya mengajar Geog ting 3...dan aku telah terpilih...
Dlm 10 tahun aku ngajar ada gak aku ajar Geog tapi lama dululah dah lama tinggal dah...
Kenapa orang pilih aku? Sebab dulu aku ambik Geog kat U..
Tapi aku ngajar BM dah 10 tahun...
Walaupun aku tak ajar Geog selama mana aku ajar Bm aku tetap dikatakan senior...
Bermula minggu depan mulalah tugas baru aku menghangat2kan balik lauk2 yg dah lama tinggal tuh..
Aku harap tak basi lah...
Kalau basi...menjawablah aku dgn pihak sekolah...lagi teruk dengan pihak SBP..haru..
Memang susah nak bagi semua budak2 tu dapat 'A'...
Aku tengah fikir...

Monday, May 10, 2010

Award dari Ibu Aqil



Dapat award lagi dari Ibu Aqil...
Ibu aqil memang pemurah...dan sentiasa menghargai kawan2nya..
Pastinya ramai orang suka Ibu Aqil..
Sayang Ibu...
Saya doakan agar ibu jadi seorang ibu yang tabah...
TQ ibu Aqil...

Sunday, May 9, 2010

sararisa-craft giveaway kembali!!!



Giveaway ni sempena b'day sara yang akan tiba tak lama lagi...

Nak join...KLIK SINI
antara syarat2 nya ialah:

~ add blog sararisa-craft ke dlm blog list anda dan jadilah follower
~ copy gambar diatas,buat entri khas dan letak link blog sararisa-craft
~ tinggalkan link anda dan jejak anda di ruangan komen entry ini sahaja.
~ tarikh tutup contest ini ialah 18 MAY 2010 pada pukul 8.00 malam

Saturday, May 8, 2010

Ibu...Kasihmu Hingga ke Syurga


Ibu…
Bila kuterkenang wajah tuamu..
Di kejauhan…
Buat aku bias tersenyum..
Kadang-kadang ketawa…
Adakalanya sedih..
Geram tiba-tiba..
Sayu..
Gembira..
Rindu..

Ibu..
Kasihmu tiada terbalas olehku..
Terlalu kerdil aku di bawah redup kasihmu…
Ibu..
Jasamu terlalu besar buat ku..
Kasihmu adalah yang terhebat..
Tidak terbayar olehku..

Ibu..
Aku tahu…
Kau sentiasa mendoakan ku..
Jua adik-adikku..
Di kala dingin malam..
Dalam sujudmu..
Tak pernah dirimu lupa..
Walau sesaat..
Menadah tangan..
Mohon pada Nya..
Agar kami bahagia..
Gembira..
Sihat sejahtera..
Selamat jua
Di alam penuh pancaroba..

Ibu..
Aku yakin..
Setiap apa yang aku peroleh..
Setiap musibah yang teralih
Setiap ketenangan dan kesenangan ini..
Adalah berkat doa mu..
Setiap malam yg dingin dan syahdu..

Ibu..
Aku tahu dirimu derita..
14 tahun kau menanggung siksa..
Sehingga hari ini masih terasa
Tapi aku tahu kau tabah..

Ibu..
Aku jua tidak pernah melupakanmu..
Walau jarang panggilan menyapa..
Kau tetap dihatiku..
Dalam doaku..
Dalam sujudku..
Ibu aku doakan kau kembali sihat..
Sepeti dulu..
Agar kau lebih kuat..
Untuk mengabdikan dirimu..
Pada Dia yang maha kuasa..

Selamat Hari Ibu
Buat Ibu tersayang..
ZABIDAH BT OMAR
Maaf kan Aku Andainya Aku Ada Melukai Hatimu…

Ibu Mertua..
Mek Senik bt Essa

Thursday, May 6, 2010

Hani kehilangan Nani.....

Besok hari Jumaat…bila hari Jumaat tiba bermakna sudah seminggu anakku si Hani kehilangan…
Disebabkan dia masih budak2 maka dia tak tahu nak meluahkan tentang erti kehilangan…
Kalau hari tu mak Hani hilang duit bukan bermakna Hani juga hilang duit malah lebih dari itu..
Dia telah kehilangan seorang kawan yang sama-sama bermain di rumah pengasuh…
Kalau nama anak aku Hani, nama kawan dia Hanani…dekat2 kan..
Mereka berdua memang baik..
Kawan-kawan..
Main pondok-pondok…
Main kejar-kejar..
Main bola..
Main basikal…
Walaupun Nani lagi tua dari Hani…
Tapi Hani lagi semangat dari Nani…

Sebenarnya kehilangan ini adalah kali kedua bg Hani..
Dulu kami tinggal berjiran..
Seharian mereka bermain bersama..
Yang syoknya ialah Mak Hani dengan Ummi Nani…
Ye lah tak yah sakit kepala piker anak2 main-main kat mana..
Mereka main keliling rumah jer..

Bila aku pindah…
Episod sedih adalah sikit-sikit..
Hani dah tak ada Nani..
Pagar besi rumah pun jarang buka..
Ye lah runsing..rumah taman..
Mainlah dia sorang2..
Habis tonggang langgang rumah…
Walaupun berpisah namun di rumah pengasuh mereka tetap bersama..

Tapi kali ni…mungkin tidak lagi..
Nani berpindah jauh…
Tinggallah Hani sorang…
Bila lagi mereka akan bertemu…
Kerana sekarang….
Hani di Selatan Nani di Utara..

Hari terakhir Hani mengunjungi rumah Nani ialah sebelum Ummi dan Abah Nani bertolak ke Kedah..
Masa tu Nani masih di rumah pengasuh…Aku tengok anakku Hani ambik penyodok pasir Nani dan main pondok-pondok sorang-sorang kat belakang rumah seperti dulu…sepeti sebelum aku pindah…yang pasti Nani tiada di situ…
Berpisahnya antara Hani dan Nani bermakna berpisah juga Aku dan Ummi Husni wp kami telah lama bersama..namun sudah menjadi adat dunia setiap pertemuan pasti ada perpisahan… Moga Ummi dan Ahmadi berbahagia wp di mana berada…

Monday, May 3, 2010

Bila Musim Peksa...

Musim 'Exam' bagi stud kat sek ni dah mula dah...
Musim menanda pun akan bermula jugak..
Ni lah time aku kena pening baca karangan...
Dah ajar BM mcm tu lah tiap2 tahun..
Soklan peksa belum siap lagi..lg 30%..
buat soalan senaglah...tapi nak tanda nun..

Tiba-tiba teringat time tanda paper 1 BM SpM
bosan2 aku ambik gambar tulisan budak2 tu...
kalu tak boleh baca...
atau terkejut tengok tulisan mereka..
aku simpan dulu yg tu...
time tenang baru aku bagi markah...

Ni lah gambar2 nyer..ni yg tulisan ok lah ni kiranya...