Kawan-kawan


Wednesday, December 29, 2010

Yang Hidup Pasti Kembali

Bersiaran dengan cerita sedih...bertalu2 berita sedih...
Sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Cikgu Khidir bin Rahmat dari SMK Nitar beberapa minggu lepas. Aku sememangnya tidak menyangka begitu cepat beliau pergi...Aku baru sahaja berkira2 nak meminta pertolongan beliau membetulkan laptop aku yang semakin memberat dengan masalah ni cuma tunggu masa semua kerja awal tahun ni clear sahaja...tapi itulah berita yang aku dapat...seorang sahabat yang sangat ringan tulang membantu kawan2 lain dalam kesusahan...pemergian beliau amat2 dirasakan kerana beliau juga merupakan antara insan pertama yang aku kenali sebagai rakan setugas ketika mula2 posting sbgai guru pada tahun 2000 dulu. semoga roh beliau dicucuri rahmat dan beliau jua tergolong dalam kalangan hamba yang solleh..Salam takziah kepada isteri dan anak-anaknya...semoga kalian tabah...

Monday, December 20, 2010

Bersiaran Semula kah aku..

Wahhhh.....lama betul tak bersiaran....
Pagi ni terbesiaran daa.....
Banyak dah episod yang tertinggal dan tak sempat nak share....
Belum lagi nak baca entriii kawan2 yg dah berkulat2....
Bila lah aku nak qada' semua ni...

Tuk malam ni...aku nak tidur dulu...

Thursday, December 2, 2010

Anak Papa naik motor...

Dapat naik motor lupa pulak kat Mak... Uwaaa....kena tinggal plak...

Time Menjengok Blog

Assalamualaikum...

Dah lama betul aku tak menjengok blog ni...
Dah macam2 berlaku..
Dah blog aku neh penuh dengan sawang...
Dah hampir sebulan jugak rasanya...
Insyaallah akan aktif kembali...
Menjejak rakan2 dan taulan huhuhu...

Wednesday, October 27, 2010

Neraka

Perkataan 'Neraka' berasal dari bahasa Ibrani yang bererti unggul api.
Neraka ialah tempat seksaan bagi mereka yang berdosa termasuklah jin dan manusia yang derhaka kepada Allah.
Dalam al-Quran ada juga disebut sebagai 'nar' atau Narul Jahannam.

Penciptaan dan perihal Neraka

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bererti:-

"Api neraka itu dinyalakan selama 1000 tahun sehingga menjadi merah,
kemudian dinyalakan di atasnya selama 1000 tahun sehingga menjadi putih,
kemudian dinyalakan di atasnya selama 1000 tahun sehingga menjadi hitam,
maka ia menjadi hitam dan gelap."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada Jibril: "Wahai Jibril! Mengapa aku tidak pernah melihat Mikail ketawa? Jibril menjawab: "Mikail tidak pernah ketawa semenjak neraka diciptakan oleh Allah."

Maimun bin Mahran mengatakan, ketika Allah menciptakan Neraka Jahannam, Allah menyuruh Neraka Jahannam bersuara. Manakala mendengar suara itu, semua Malaikat jatuh tersungkur. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: "Angkatlah kepala kamu. Tidakkah kamu mengetahui bahawa Aku menciptakanmu supaya mentaati-Ku dan Aku ciptakan Jahannam untuk makhluk-Ku yang menderhakai-Ku". Para Malaikat menjawab: "Wahai Tuhan kami! Tidakkah kami berasa aman darinya sehingga kami melihat penghuninya".
Dipetik dari buku: Pengertian Solat Dalam Islam

Semoga Allah melindungi kita daripada seksaan azab Api Neraka...lantaran kekhilafan hidup kita di dunia ini...Sesungguhnya janji Allah itu benar...

Wednesday, October 20, 2010

Tiba-tiba ia berlaku


Inilah yg berlaku...
Inilah hakikat kehidupan...
Inilah yg dikatakan dugaan....

Baru semalam semua ni berlaku...
Suamiku bangun dari tidur...
Dia rasa kelainan...pelik...sesuatu yg tak pernah dirasa...
Dia Tak dapat lagi meneruskan tidurnya....
Hingga pagi...
Aku...tidur lena..
kerana aku tak tahu...
Kalau tak, mana mungkin aku begitu...

Banyak yg difikirkannya...
Segala kemungkinan yg pastinya dia terpaksa hadapi..
Aku tahu dia sedih...
Bila dia sedih, aku juga sedih..
Tapi aku tahu, aku penguat semangat dia..

Wahai suamiku...
Walau apa yang berlaku padamu...
Aku tetap akan bersamamu..
Dibelakangmu..
Menyokongmu...
Didepanmu...
Andai kau perlu bantuanku...

Susah senang kita bersama..
selamanya..


Mendung...semendung hatiku...


Cuaca nampak macam mendung...
Tengok gambar...
Kul 8 pg tadi ambik kat kawasan sekolah...
Segitulah keadaannya..
Matahari cam segan nak limpahkan cahayanya...
Ini lah jerebu...
Walaupun tak sampai cuti2 Jerebu cam tempat lain...
Bahang tetap terasa juga...
So, jagalah kesihatan...

Jerebu ini semendung hatiku....