Kawan-kawan

Wednesday, December 29, 2010

Yang Hidup Pasti Kembali

Bersiaran dengan cerita sedih...bertalu2 berita sedih...
Sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Cikgu Khidir bin Rahmat dari SMK Nitar beberapa minggu lepas. Aku sememangnya tidak menyangka begitu cepat beliau pergi...Aku baru sahaja berkira2 nak meminta pertolongan beliau membetulkan laptop aku yang semakin memberat dengan masalah ni cuma tunggu masa semua kerja awal tahun ni clear sahaja...tapi itulah berita yang aku dapat...seorang sahabat yang sangat ringan tulang membantu kawan2 lain dalam kesusahan...pemergian beliau amat2 dirasakan kerana beliau juga merupakan antara insan pertama yang aku kenali sebagai rakan setugas ketika mula2 posting sbgai guru pada tahun 2000 dulu. semoga roh beliau dicucuri rahmat dan beliau jua tergolong dalam kalangan hamba yang solleh..Salam takziah kepada isteri dan anak-anaknya...semoga kalian tabah...

Monday, December 20, 2010

Bersiaran Semula kah aku..

Wahhhh.....lama betul tak bersiaran....
Pagi ni terbesiaran daa.....
Banyak dah episod yang tertinggal dan tak sempat nak share....
Belum lagi nak baca entriii kawan2 yg dah berkulat2....
Bila lah aku nak qada' semua ni...

Tuk malam ni...aku nak tidur dulu...

Thursday, December 2, 2010

Anak Papa naik motor...

Dapat naik motor lupa pulak kat Mak... Uwaaa....kena tinggal plak...

Time Menjengok Blog

Assalamualaikum...

Dah lama betul aku tak menjengok blog ni...
Dah macam2 berlaku..
Dah blog aku neh penuh dengan sawang...
Dah hampir sebulan jugak rasanya...
Insyaallah akan aktif kembali...
Menjejak rakan2 dan taulan huhuhu...

Wednesday, October 27, 2010

Neraka

Perkataan 'Neraka' berasal dari bahasa Ibrani yang bererti unggul api.
Neraka ialah tempat seksaan bagi mereka yang berdosa termasuklah jin dan manusia yang derhaka kepada Allah.
Dalam al-Quran ada juga disebut sebagai 'nar' atau Narul Jahannam.

Penciptaan dan perihal Neraka

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bererti:-

"Api neraka itu dinyalakan selama 1000 tahun sehingga menjadi merah,
kemudian dinyalakan di atasnya selama 1000 tahun sehingga menjadi putih,
kemudian dinyalakan di atasnya selama 1000 tahun sehingga menjadi hitam,
maka ia menjadi hitam dan gelap."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada Jibril: "Wahai Jibril! Mengapa aku tidak pernah melihat Mikail ketawa? Jibril menjawab: "Mikail tidak pernah ketawa semenjak neraka diciptakan oleh Allah."

Maimun bin Mahran mengatakan, ketika Allah menciptakan Neraka Jahannam, Allah menyuruh Neraka Jahannam bersuara. Manakala mendengar suara itu, semua Malaikat jatuh tersungkur. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: "Angkatlah kepala kamu. Tidakkah kamu mengetahui bahawa Aku menciptakanmu supaya mentaati-Ku dan Aku ciptakan Jahannam untuk makhluk-Ku yang menderhakai-Ku". Para Malaikat menjawab: "Wahai Tuhan kami! Tidakkah kami berasa aman darinya sehingga kami melihat penghuninya".
Dipetik dari buku: Pengertian Solat Dalam Islam

Semoga Allah melindungi kita daripada seksaan azab Api Neraka...lantaran kekhilafan hidup kita di dunia ini...Sesungguhnya janji Allah itu benar...

Wednesday, October 20, 2010

Tiba-tiba ia berlaku


Inilah yg berlaku...
Inilah hakikat kehidupan...
Inilah yg dikatakan dugaan....

Baru semalam semua ni berlaku...
Suamiku bangun dari tidur...
Dia rasa kelainan...pelik...sesuatu yg tak pernah dirasa...
Dia Tak dapat lagi meneruskan tidurnya....
Hingga pagi...
Aku...tidur lena..
kerana aku tak tahu...
Kalau tak, mana mungkin aku begitu...

Banyak yg difikirkannya...
Segala kemungkinan yg pastinya dia terpaksa hadapi..
Aku tahu dia sedih...
Bila dia sedih, aku juga sedih..
Tapi aku tahu, aku penguat semangat dia..

Wahai suamiku...
Walau apa yang berlaku padamu...
Aku tetap akan bersamamu..
Dibelakangmu..
Menyokongmu...
Didepanmu...
Andai kau perlu bantuanku...

Susah senang kita bersama..
selamanya..


Mendung...semendung hatiku...


Cuaca nampak macam mendung...
Tengok gambar...
Kul 8 pg tadi ambik kat kawasan sekolah...
Segitulah keadaannya..
Matahari cam segan nak limpahkan cahayanya...
Ini lah jerebu...
Walaupun tak sampai cuti2 Jerebu cam tempat lain...
Bahang tetap terasa juga...
So, jagalah kesihatan...

Jerebu ini semendung hatiku....

Monday, October 18, 2010

Puan Pengarah nak datang sek...


Dah nak sampai pon...
on the way from Sains Kluang...
Sape lagi kalau bukan Pn Ashah

Bila beliau nak datang...
sibuklah org2 besau gi pasar...
beli ikan...
beli udang...
beli ketam...
beli sotong...
beli ikan bilis mata biru...(wajib okay..)
susah kot nak dapat ikan bilis mata biru kat tempat lain kot...(tataulah aku)
peberet beliau nih...

Oleh sebab itu jugaklah...
aku dan org lain jugak...(warga sek ni ajer yer..)
tak boleh balik sekolah lg..
tgk..tgk..jam dah hampir kul 2 ptg dah ni...
cam mana nih...

kedatangan beliau menyebabkan...
exam hari ini dibatalkan..(yg lepas waktu rehat)
tanpa alasan...
mesyuarat petang ini dibatalkan...
kompem esok kena balik lambat lg ganti yg hari ni punya...
berkira pulak aku...
hari-hari balik lambat lah...
ok jer...

rindu masa kat kg...
bunyi loceng...
blahhhh...
kalah budak2...

Dia Suami Dia Isteri...Cam mana tu???


Pelik ker? Tak adalah pelik sangat...
Tapi bagi aku, aku tak pernah jumpa orang lelaki sebegini...
Dia suami dia jugak isteri...
Bukan bermaksud dia ada 2 jantina yer...

masa kat kg dulu aku kenal seorang cikgu ni..
Dia mengajar kat...rasanya kat sek....uppsss tak yah lah bg tahu..
karang glemer pulak dia..

Suatu hari aku berpeluang pergi umah dia...
Pergi berdua dgn kawan lagi satu...
Sampai kat umah dia, aku tgk umah dia baru jer siap...
kiranya bunglow setingkat yg agak sederhana dan menarik jugak...
kawan aku kata suami dia buat sendiri rumah tu...
sorang2...ajak org tolong masa buat rangka bumbung jer..
di iakan isterinya...
sekarang tgh buat pagar rumah pulak...sorang2...
suami dia ni cikgu pulak...kot tukang rumah tak pa lah jugak..
buat pagar tu biasalah...ni satu rumah beb...pening aku pikir..

masa kita org keluar tu isteri dia pakai kebaya...
baju tu pun suami dia yg jahit...
semua baju isteri dia suami dia yg jahit...adoiii..
memasak pun suami jugak...
masa kita org kuar tu tentu-tentulah suami dia yg jaga anak...

memang serba bulehlah suami dia...
bertuahlah dia...
walaupun suami aku pandai tido jer bila balik kerja...
aku kira bertuah jugak...
kenapa?
baik dia tido dari dia pergi melepak tak tentu hala....
kan?kan?kan?

Sunday, October 17, 2010

Sangat Gembira...


Oleh kerana mengajar 4 kelas tingkatan 3
dan 1 kelas tingkatan 2
maka...
bila PMR dah abis ni.....
aku pun beraya samalah....

nak citer pasal exam akhir tahun nih...
mengembirakan sangat bila...
aku dah habis menanda semua esei pelajar tingkatan 2 tuh..
bahagia...
bukan apa..
budak2 tu cuma 22 orang jer...
tu lah yg untungnya ajar budak2 PMR..

tahun depan bagi lg kat saya kelas PMR..
saya nak...
saya suka...

pada kawan2 yang dok menanda tu...teruskan yer...

Cerita Dongeng yang Bosan



Sewaktu zaman penjajahan British, British telah memperkenalkan tiga peralatan baru untuk digunakan semasa makan di Tanah Melayu. Peralatan tersebut ialah sudu, garfu dan pisau. Tiga peralatan tersebut telah menjadi sahabat baik sewaktu berada di Britain.

Sesampainya tiga sekawan itu di Tanah Melayu, mereka diperkenalkan kepada pembesar-pembesar di sini. Walaupun baru hari pertama mereka digunakan oleh pembesar di Tanah Melayu namun sudu sudah mengeluh. Sudu berkata kepada garfu, "Patut ke si Dol Said itu menggunakan aku untuk mengambil kuah sambal tumis petai? Dahlah busuk."

Garfu pulak menjawab, "Betultu, Si Rentap pula menggunakan aku untuk makan roti bakar. Lagilah tak masuk akal.

Tiba-tiba penyepit mencelah, "cubalah kamu semua bersyukur, cuba tengok Si Pisau, walaupun ia digunakan untuk memotong daging yang hanyir namun dia tidak pernah merungut.

Garfu dan sudu berasa insaf dan tidak pernah merungut lagi.

Karangan ringkas ini ditulis oleh Aiman...masatu aku bingung nak ngajar apa jadi aku bawak jer satu sudu, garfu plastik berwarna oren, pisau dan sepasang chopstik dan meminta pelajar buat karangan pendek jer...mungkin ini yg terbaik...Ia adalah rekaan semata-mata...yang penting ada pengajarannya...

FIRAS HANDZALAH 1ST BIRTHDAY GIVEAWAY



Selamat Hari Lahir buat Firas Handzalah. Semoga membesar dengan cepat dan menjadi anak yg baik.

Nak join KLIK SINI
Tarikh tutup: 18 Oktober 2010

1ST GA DARI ATIE

Nak Join KLIK SINI
Tarikh TUTUP GA pada 18/10/2010 pada pukul 12 tengahmalam

Monday, October 11, 2010

Aku jaga peksa...

Banyak giler pensel...guna satu ajer...tq en google

Dah lama tak update blog...mesti kak Rozie bising..
Diakan org yg bertanggungjawab motivasi aku dlm semua benda...
bila tak tahan dgr dia 'pot-pet-pot-pet' aku pun buat n3 baru huhu...
Itupun n3 yg hidup segan mati tak mau...
Tak per yer kak...
tq yer kak...

Hari ni aku pun merdeka semerdekanya budak-budak yg habis PMr...
Kenapa? owh sebabnya aku jugak kena jaga peksa...
Hari2 balik petang jd penatlah badan nak ber BW...hentam tido jer...
Banyak pengalaman aku dapat bila jg peksa kat sekolah cina ni...
Start dari posting sampai skrg memang ajar budak2 melayu jer..
Dulu ada gak ajar budak2 asli....ingat lagilah aku kat Zarina anak tuk Batin tu..
Ho Leng Meng (ni kacukan cina nih...) rindu aku kat mereka...

Masa jaga peksa ni ada jugak kena jaga budak pendidikan khas...masalah pembelajaran...
Ini lg lah aku tak ada pengalaman...tabah ibu bapa yg ada anak istimewa..
aku pun bahagia jaga peksa ngan dia orang...2 orang jer...aku pun duduklah dalam kelas tu...memang tak ada lenguh2 kakilah aku time tu...mereka pulak baik jer...sopan...

Apapun ini pengalaman aku selama seminggu jaga exam...tahun depan aku tak tahu nak ke idak..
pikir dulu....

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST


Gambar ni Ok kut...



NAMA: HANI ARINA HASMADI
UMUR: 3 TAHUN 5 BULAN
TARIKH LAHIR: 28.5.2007
KATEGORI: 2B
HARAPAN: Agar Hani menjadi anak yg sollehah dan sentiasa mentaati perintah agama...

Nak Tag:
Sarah-Najwan
Bunga lah..
(Joinlah kalau lom join lagi...)

nak join KLIK SINI
Due date: 20 Okt 2 pm

Friday, October 8, 2010

Tioman Lagi...........

Cik Hani tengah tengok apa tu???.............
Tentunya ikan2 yg banyak kat jeti...



Musim tuk ke Tioman datang lagi...
Macam biasa..ke Panuba Inn Resort..
Cadangannya hujung bulan ini...
Time ni Mat2 dan Minah2 Salleh dah tak ramai..
Panuba Inn ni kiranya bertaraf antarabangsa dan milik persendirianlah...
Sebab dah nak masuk line tengkujuh kat PT ni...

Panuba Inn Resort ni adalah milik suami cikgu kat sekolah aku...Pn Amnah..
dan pastinya time2 cam ni ada discount...
Pakej 3 hari 2 malam cuma RM 250 siap dengan makan, BBQ dan juga feri serta beberapa acara lain...
Sungguh berbaloi...
Aku harap aku akan pergi lagi tuk kali ke-4..
Best...

Thursday, October 7, 2010

Kuatlah kawanku...


Maghrib semalam aku buka pintu...
Hantar si Nell balik...
Terpandang jiran di depan rumah ku...
Angkat barang dalam sebuah lori kecil...
Bersama suami..

Pindah lagi...
Berhijrah lagi...
Yang pasti ke mana aku tak pasti...
Dah berapa kali dia pindah aku tak pernah ambil tahu kerana aku jua masih baru...

Aku sedih melihatnya...
Kerana aku kenal dia...
pernah bercakap dengan dia...
pernah juga berbicara dari hati ke hati dengannya...
Aku merasakan aku melihat kebahagiaan diwajahnya...
Selama mana aku kenali dia...
dia juga seorang isteri seperti aku...
tentu aku memahaminya...
cuma aku tak rasa perit memikul kepahitannya...

dari cakap2 jiran...
dari sindiran tajam mereka...
baru aku tahu...
siapa dia...
dia pergi kerana terpaksa..
kerana dia sudah tidak tegar menghadapinya..
sesungguhnya dia...
Insan yang di uji Allah...

Buat mu kawan ku...bersabarlah...
Tabahlah...yakinlah setiap ujian itu ada hikmahnya...
dan jangan sesekali kau berpaling dari janji Allah..
dan jangan sesekali kau berputus asa dengan ujian daripada Nya..

Sunday, October 3, 2010

Musim Bermaaf-maafan dah tiba...


Ni kiranya n3 pasal PMR lah...
Ye lah esok mereka semua akan mula menjawab soklan2 tu...
sama ada senang atau susah telan jerlah...
perjuangan selama 3 tahun akan terjawab esok...
Mudah-mudahan mereka berjaya...

Bila dah nak exam ni berduyun2 lah mereka mencari kita..
Yer lah...nak minta maaf itu dan ini..
masa belajar dengan kita macam2....
dah dekat2 ni mula lah insaf...
Walau macam mana pun seseorang guru tu...
Keberkatan Seorang Guru tu tetap ada...
Semuanya tak sanggup gagal hanya kerana hati guru terluka...

Sebagai guru wajarlah kita maafi mereka...
Walaupun teruk mana perangai mereka...
Ini masa depan mereka...
Lagi pun mereka ni budak baru belajar..
Pasti ada silap dan salah...
Yang penting mereka belajar..
Kita sebagai gurupun kena juga sentiasa belajar...

sebagai seorang guru..
aku sentiasa doakan mereka berjaya...
Dapat A dalam semua subjek...
Lagi-lagilah dalam subjek yang aku ajar...
persoalannya...
Dapatkah tahun ini 100% A ???????
Insyaallah...

Friday, October 1, 2010

Kenapa Aku Tak Update Blog...


dulu memanglah dia main2 dgn telefon plastik ni tapi sekarang budak ni dah pandai main game online tuk budak pompuan...

Memang aku tak sempat....
sambil taip ni pun anak aku ngamok2...
Dia nak main game onlinelah plak...
sejak anak dah pandai klik2 Game Online ni..
peluang aku dgn lappy ni makin kurang bangat...
dia pulak makin hari makin belajar ttg game online tuh..
lagi pulak dia dah tau fungsi b.band aku tuh...
jadi makin susah nak kantoikan dia...
ini alasan aku yg utamalah..

tapi...aku mmg jenis banyak alasan punya...
lagi pun budak2 PMR nak exam..
ni dah masuk zone merah...
aku ajar semua kelas PMR tahun ini melibatkan 2 subjek...
jadi...
semua usaha aku atau kelas2 malam atau tambahan petang tu aku kena kali 2...
kalau orang lain dapat 5 kali kelas tambahan aku plak dapat 10 kali..
tak ke best tu...
tapi tak apalah...itulah namanya pengorbanan..

alasan yg seterusnya ialah...
Encik suami makin lantang meng sound2 aku bila dia nampak aku nak berblog...
buang karan jer katanya...
time tu lah dia suruh gi masak lah, dan macam2lah...
sebab malas nak dgr leteran dia aku stoplah....time2 free jer aku jgh2 lah...
tu pun dapat BW ciput jer...

So...bila difikirkan...baik adanya aku dahulukan yang memang patut aku dahulukan...

Jawapan ini khas buat Kak Rozie yg telah mengontek aku nak tanya pasai apa tak update blog...oleh sebab aku tak mou jawab msg dia aku jwblah kat sini sebab panjang sgt jawapannya...harap kak berpuas hati dan tabah meniup semangat buat insan seperti aku ini...

Jasamu dikenang kak...
Bye...

Hadiah dah Sampai....


Pada 23 bulan 9 lepas sy dah terima hadiah GA daripasa Anis Sweet yang saya menangi tempat ke-3 tu...ketibaan pos laju itu membuatkan saya ni teruja nak menerai apa yg ada dalam box yang sgt cantik tu...

Mula2 buka nampaklah box nih... cantik kan...

Dalamnya pulak ada nih...yummy saya dah try memang sedap...sebelum ni saya ada jugak beli choc cam tu tapi rasa pahit...cookies dia plak sgt2 sedap dan sangat rangup...best...kalau minat nak oder klik sini yer...
http://anisweetchocs.blogspot.com

Sunday, September 26, 2010

sEDONDON anak AyaH




ANAK AYAH/PAPA

Padanan Panggilan Cik Hani untuk kitaorang...........

MAK dan PAPA
MAMA dan AYAH

Wednesday, September 22, 2010

PMR semakin hampir....


PMR dah dekat....
Student pasti stress..
Cikgu dan cikgi????
Lagi...lagi..lagi... stress
Student dah dah mula tak cukup tido...
Sebab study maut...
Dah mula rasa tak ada masa...
Sebab dulu selalu lebih masa...
Syok berfoya..foya..
Dalam kelas pulak...
Kejap tido kejap terjaga..
Tgk cam relax jer..
Intai2 rupanya dia lena..
Adoi.....cam mana nih..
Harap2 dia tak tertido time peksa..
Takut plak pengawas meluat nak kejutkan mereka..
Habislah...

demi masa depan bagunlah...
Study mesti smart bukan muka je nak nampak smart..
huhu...

Followers yg ke-100 blog aku

Nilah rupa blog follower yg ke-100 tu..
Bukan men lg ambik masa maklomlah nak kena gak study skit2..tak kan men redah jer..
(Ada adiah tuk dia...tapi adiah biasa2 jer, bukan warna pink pon....)
Nama blog dia ialah Aku Gadis Biasa..
Nama dia Sya Hassan tapi suka sgt guna nama SOYAH...nape ekk???(jawab yer)
Sya nih dia minat sensangat kat warna Pink n Itam...sebab tu lah kot ada kasut pink tu...
Aku taktau plak si Sya orang Kelantan ke atau belajar jer kat Kelantan..
Sebab dia ni berstatus pelajar lg nih...(dapat maklumat dr apa yg dia tulis lah..aku bc sket2)
Pasir Mas tu Sya dok kg apa? Hehehe dekat2 jelah dgn kg akak ni....
Best gak baca hasil tulisan budak ni..leh tahan lawak juga...
So...meh kita pakat gi jln kat Umah SOYAH Si Gadis Biasa....Jom...

p/s: nanti tulun jawab persoalan2 kat atas tu erk sya...

Tuesday, September 21, 2010

Mampukah aku nak BW giler2???

Dah siap2 nak g belajar keta dah ni..semoga berjaya kak...


Malam ni aku curik2 jer BW...
Di samping aku ni ada En. Madi dia ada gak jeling2...
Ye lah..aku cakap aku nak siapkan slide nak buat mengajar sok...
Tub2 aku dok buat menda lain plak..takut dia naik hangin plak...
Nasib baik mlm ni ada citer2 best kat TV jd tak adalah dia fokus sgt kat lappy nih...
Esok aku kena ngajar sensorang..kena handle lah budak2 yg 108 org tuh...adoiii pening gak kelas anjal nih...
Rakan kongsi aku Kak Yang2(ini gelaran manja sebab dia suka panggil sesapa sahaja dgn panggilan yang-jd kita pakat2 panggil dia YangYang plak) nak g test drive...(dia dah tak nak pakai driver lg tahun depan)
Aku harap dia akan berjaya dalam test tu...
Aku harap dia cukup sihat untuk test esok (semalam keadaan kesihatan agak kurang baik)
Esok aku akan berkorban untuknya..
Dengan mengajar secara single...
Dah..

Monday, September 20, 2010

Pahit manis berblog...


Aku rasa aku tak pernah pun stori-stori pasal cam mana aku bleh ter join dunia berblog nih...
Dulu aku tak ambik tahu pun pasal blog2 ni hinggalah kawan aku masa sama posting dulu invite aku g blog dia...CINTAKU IRA A SA RAfirst time g blog dia aku suka dan merasakan blog Ira ni best sangat..sebahagian catatan kat blog Ira ni aku baca...maka aku pun minatlah nak buat blog...
Pas tu bila kak Rozie aka Sarah-Najwan pun dah ada blog jugak sejak dia pindah ke SBPI Kuantan (dulu masa kat SMSSI tak dok pun huhuhu) PERMATA-HATIKUdia sibuk2 lah suruh aku buat blog jugak walaupun masa tu blog dia tak lah cam sekarang...mula2 dia suruh bukak FB dulu huhuhu (kerja dia memang pasa aku jer..pas tu dia paksa aku main game kebun2 kat FB tu yang telah dianak tirikan huhuhu)maka bertambahlah sikit lagi semangat aku...
Kemudiannya aku telah meminta pertolongan kawan aku iaitu MOON tuk buat blog. jadi dialah yg bertanggungjawab mengajar aku dan selepas itu aku godek2 sendiri dengan bantuan kawan2. Moon ni ada gak blog tapi dia dah malas update huhuhu..
Bila dah ada blog aku pu BW lah cari kawan2..susah payah jugaklah sebab dibelengu macam2 rasa...semua ada...ada time rajin, ada time malas, ada time tak ada perasaan, rasa sibuk yg melampau wp ada sorang anak jer..malas bila suami jeling2 tak puas ati bila tgk isteri dia BW dan lain2 tak campur lagi rasa malulah, seganlah,, maklumlah bloger lain2 hebat2 semuanya sedangkan kita ni baru dan kerdil...terima kasih kat kawan2 yang banyak memberi harapan seperti Bunga dan Sal aka Ibu Aqil dan tak lupa sahabat aku Kak Rozie dan bloger2 lain yg sudi membantu..Terima Kasih banyak2...dan silent reader aku yg memang aku tahu dok jgk2 blog aku diam2 iaitu Cik Nalini n kak Safiah...TQ yer
Hari ni follower dah lebih sikit 100. Jadi teruja sikitlah sebab rasa susah jugak nak sampai seratus tu berpeluh2 jugak...jadi sememangnya ada sedikit hadiah tuk follower yg ke-100 tu..dah terjah blog dia tapi just tgk2 jer...nanti...hadiah pun dah ada wp tak adalah hebat pun...biasa2 ajer..sebagai kenangan bagi org macam aku yg terasa penat berblog...
okay...

Apa ni??


Apa agaknya dalam paper bag ni???

OOOooo...terima kasih kat Menti-menti aku nih...
Syazwani dan Izzah...untuk kuih hari raya ni..
Jemput beraya kat rumah nanti...

Sunday, September 19, 2010

Ini Kembar Terhangat....


Korang jangan salah anggap...kembar ni hanya terhangat kat kg mak mertua aku..
dan kembar ini adalah anak kakak ipar aku...
waktu kakak ipar aku g kerja, kembar2 ini akan tinggal dengan atuk dan tok mek mereka a.k.a mak mertua akulah...
mereka berdua akan kasi pecah....meriah habis dan tak menang tangan untuk melayannya...
layan gambar KEMBAR terhangat ini......
"Mak" kat sini dan Arina sentiasa rindukan mereka..


Terima kasih kat Cik Ni kerana gambar ini telah di ambik di FB beliau...TQ yer

Saturday, September 18, 2010

Ape KENA ni??


Aku tengah heran ni...
apa kenalah dgn lappy ni...
semua iklan nuff tak kuar...
padahal kat pc besar aku tu keluar pulak...
(masalah pc tu tgh rosak skrg ni hhuu, lagipun suka BW pakai lappy jer..)
jangan kata nak klik kat blog kawan2..
kat blog sendiri pun tak kuar..
kesian kat kwn2 yg sudi klik2 nuff aku...
bila depa buka blog aku ada lak nuff tu...
tapi aku tak bleh buat perkara yg sama kat mereka..
tak baik tol...
abis cam mana nak klik...sebab iklan tak mou keluar niiiii...
Sape buleh tolong...saya nak selesaikan masalah ni...
Kepada kawan2 yg sudi klik nuff saya...terima kasih diucapkan...
bila masalah ni dah ok..saya layan nuff korang...

saper leh tolong mak budak yang baru belajar ni.....
TolonG Yer :-)

Friday, September 17, 2010

M Rajoli meninggal dunia - Al-fatihah

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam.

Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.

baca seterusnya:
sumber: http://www.utusan.com.my

Al-Fatihah buat allahyarham semoga beliau tenang di sana...
pasti selepas ini akan rindukan lakonannya yang menghiburkan...

Thursday, September 16, 2010

'Depan cakap lain'...versi emo..

abil kat google jer gambar ni

Haih ni tak abis2 lagi kisah dia org nih...sapa lagi kalau bukan Si Abby n Norman tu..
Adoi....kalau bab2 artis nih malas nak fikir sebenarnya...tapi kalau berita pasal depa dok menyegeh jer baca lah jugak...ni pandangan aku ni...tak de kena mengena dgn sesiapa yer..

'Depan cakap lain'

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Duit hantaran dan duit untuk buat majlis kenduri kahwin kami lapan tahun lalu adalah dua perkara yang berbeza. Dia sendiri tahu mengenai hal ini. Jika hendak tahu siapa bercakap benar atau tidak, saya mahu mengajak Norman Hakim ke masjid dan angkat sumpah depan al-Quran.

“Apapun yang berlaku , saya akan tetap menuntut hak saya termasuk beberapa perkara lagi yang belum selesai. Sehingga ke lubang cacing sekalipun, saya akan terus berusaha mendapatkannya semula,” tegas Abby Abadi, 32, berkenaan tuntutan hutang duit hantaran RM11.111.11.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, dia terpaksa mendedahkannya di akhbar kerana tiada jalan lain lagi menuntut segala yang menjadi haknya daripada bekas suami, Norman Hakim atau pemilik nama sebenar, Mohamed Nor Hakim Zaidon, 34.

“Saya sudah sampai pada satu tahap tiada cara lagi untuk mendapatkan hak saya semula. Saya juga sudah lama beri ruang kepadanya untuk menyelesaikan apa yang tertunggak selepas dua tahun kami bercerai.

Baca selanjutnya....

Sebagai seorang isteri juga aku memang simpati jugaklah dengan Abby ni...nasib yang menimpa diri dia...suatu ketika dulu glamer habis kawen lelaki hensem...tapi tu dulu...bukan masalah hensem ke tak tapi masalah perangai manusia ni...

Kenapa hal2 cam ni sekarang baru nak kecoh2?? Di saat Norman Hakim itu berada di ambang kebahagian bersama bakal isteri baru yang pernah juga ditangkap bersama-sama satu ketika dulu...(aku suka depa kahwin pasal aku bohsan baca berita artis kena tangkap khalwat ler...)

Balik kepada persoalan di atas...korang tahu kenapa? Sebab seorang isteri biasanya penyabar...tak suka berkira sangat...buleh terima si suami seadanya...korang fikir kalau mereka tak bercerai ada ke timbul hal2 cam tu..tuntut sana-tuntut sini...penat tuuu...aku yakin sampai mati pun si isteri akan redha...(kalau isteri tu baik dan memahami ler..)

Pengorbanan isteri ni sungguh besar...semua suami wajib mengasihani/ menghargai dan setia kepada isteri kerana mereka cukup berjasa dalam rumah tangga...daripada A-Z. kalau suami penat bekerja..isteri mungkin 4 kali penat lagi kerana terpaksa uruskan hal rumah tangga...

Jikalau sedikit kesetian pun suami gagal nak hadiahi isteri malah bergembira dan bangga pula hendak membina masjid yg baru cam mana?? mereka ini patut diperingatkan agar mereka tidak melepaskan hutang dan tanggungjawab mereka dengan sewenang2nya...

p/s: aku boleh bersabar lagi heheh

Flo Ellen's 1st GiveAway..

Hari rajin plak nak join Flo Ellen's nyer GA


Gambar 1 : 12 bulan

Gambar 2 : 6 bulan

Gambar 3 : 20 bulan

Gambar 4 : 4 tahun

sorry yer tuan tanah kalau tak tepat....
Susah jugak nak teka umo anak ellen ni...tatau ni anak yg sama atau lain2..tapi wajah mesti berubah mengikut peningkatan usiakan...

Nak join? klik jer..

'Contest Memek Muka Si Manja'

Ha..dah lama tak menceburkan diri dalam dunia kontes nih...
Ni ambik kesempatan join Ibu Aqil nye kontes...menang kalah tak kisahlah...bagi sokongan kat kawan2 ni...

Gambar yang dipertaruhkah...Cik Hani muncung2...
Nama: Hani Arina Hasmadi
Umo dia: 3 tahun 5 bulan

Nak Join..klik Sini yer....

Beraya lah pula (1)

Mula2 nak letak gambar Kak Safiah...sempat snap pica dia sekeping tapi gambar tu cam tak berapa cantik plak...
jadi aku letak jer gambar hani ni mana nak bertolak ke rumah k.Safiah..


Petang tadi berkesempatan berhari raya ke rumah kak Safiah (mantan PK Hem SMSSI)...
Aku cakap kat Cik Hani nak pergi rumah kawan Mak jer...
Apa lagi seronoklah budak kecik tu...(kecik ker anak aku tu?)

Sampai kat umah Kak Safiah lebih kurang kul 6 petang...rupanya ada tetamu...
Bukan orang lain..anak murid kami jugak...Fiqri Qardawi dan Zul Rothman (tatau betul ke salah aku eja tu..) mereka kelihatan tengah selera makan biskut2 raya yg ada kat atas meja tu...(ni dah raya ke-6 dah tentu biskut raya akan menjadi semakin lazat)..

Tak banyak yang dibualkan dengan kak Safiah sekadar bertanya khabar dan sedikit perkembangan terkini sekolah masing-masing (beliau kini bertugas sebagai PK di STF)..
Tu pun tengok2 jam dah hampir kul 7 malam...masa keluar nak balik elok2 azan maghrib berkumandang...cepatnya masa berlalu...

Anak aku Cik Hani tu macam takut dengan Kak Safiah ni...jd dia mcm tak pandai nak mesra2...takut ler tu gamaknya...korang tahulah....dia kenal kawan aku tu menjak dia PK Hem lagi...garang woo...cakap pun tegas semacam...Cik Hani pulak manja2 gitu...yer ker hehehe..

Apapun kak...Tq lah...seronot dak Hani tu dapat duit raya dua kali dari akak = RM20.00..bukan budak kecik tu jer yg dapat...dak besar dua orang yg beraya tu pun dapat jugak...hehe tu yg buat budak2 tu wajib tayang wajah2 mereka di Aidilfitri kat umah akak tu huhuhu...

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga buat Kak Safiah dan family.... Tq atas segala tunjuk ajar akak pada saya selama ini....

p/s: dah sampaikan salam kak Rozie pada Kak Safiah

Wednesday, September 15, 2010

Syahdu di Aidilfitri..



Di pagi Aidilfitri tahun ini (selepas sembahyang raya) kami sempat bermaaf-maafan..
Cik Hani dah mula mengerti erti Aidilfitri...

Dia salam dan cium tangan Mak dia ni sambil berkata "Mak, saya minta maaf"
Kemudian dia salam pula tangan Papa dia sambil berkata "Papa, saya minta maaf"

Aku tak tahu kenapa bila dia cakap macam tu air mata aku ni menitis...
Terharu...sedih...adakah dia mengerti apa yg diucapkan itu...

Kemudian Hani berkata.."Selamat Hari Raya Mak..Selamat Hari Raya Papa.."
Sesungguhnya aku terharu kerana tahun ini baru Hani ungkapkan semuanya buat Mak n Papa dia...tahun lepas dia lom mengerti lagi...

Selepas itu aku mengambil kesempatan mencium tangan suami dan memohon maaf..
Di saat Papa Hani mencium Mak dia pula..Hani menangis teresak-esak kerana memikirkan kami berdua tidak menyayanginya...

Padahal dia tidak mengerti bahawa dia adalah segalanya bagi kami berdua....

Tuesday, September 14, 2010

Hani di Malam Raya...


Pulun bermain bunga api lah....
dengan bantuan mak cik2 dia...
sampai tak ingat dunia...
pas main tengok apa jadi?????


nangis2...besi pemegang bunga api yg panas jatuh atas kaki...
tu pasal ada ubat...nasib baik tak teruk...
tapi melalaknya leh tahan jugak...
Ha! ni lah stok bunga api pak cik dia tuk hari raya hari tu...