Kawan-kawan


Saturday, January 30, 2010

Semasa Baby....







Inilah gambar-gambar Hani Arina semasa baru dilahirkan dan belum keluar dari wad kanak-kanak masa tu. Orang yang bertanggung jawab ambil gambar ini ialah ayahnya. masa tu aku masih di wad bersalin n tak boleh berjalan lagi kerana operation..

sedar tak sedar dah tiga tahun berlalu dah.......

Al Fatihah...

Semalam iaitu hari Jumaat genaplah 7 hari rakyat negeri Johor bekabung sempena kemangkatan Sultan Johor...

Sebagai salah seorang yang mencari rezeki di negeri Johor ini aku turut berkabung demi menghormati kemangkatan sultan Johor tetapi aku mula pada hari Selasa. Begitu juga dengan suami aku...Hari Isnin tu.....

Sampai jer kat sekolah hari Isnin tu aku terkejut melihat semua guru lelaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih. Masa tu tak perasan sangat, dalam hati memuji-muji cikgu lelaki yang begitu prihatin..

Bila datang pula cikgu-cikgu perempuan aku mula terkejut mereka semua memakai tudung putih, aku pulak pakai tudung hitam berbunga hijau...mereka semua tanya pasal apa aku tak pakai tudung putih...aku dengan selamba jawab tak ada tudung putih sebenarnya aku tak tahu kena pakai macam tu hihihi tapi aku memang tak suka tudung putih..

Suami aku pun samalah, bila sampai kat sekolah dia sorang jer yang tak pakai songkok..padahal malam tu kami dah tengok laman web PPD Mersing tentang etika berkabung tetapi kami tak tahu kami pun kena jugak...maklumat tentang permintaan berkabung bagi warga Johor tak sampai kepada kami..Besoknya kami turut berkabung dan suami pergi beli songkok baru...

Seingat aku dulu ada sekali masa sekolah rendah, aku sekolah separuh hari sahaja kerana Sultan Kelantan pada masa tu mangkat kot...dah tak ingat dah...masa tu tak ada apa dalam kepala ni yang paling best melainkan cuti jer...

Wednesday, January 20, 2010

Anak Perempuan Tersayang


Anak perempuanku Hani Arina


Gambar ini diambil pada tahun lepas semasa hendak bertolak ke Melaka untuk mengikuti hari keluarga SMSSI di A Farmosa Resort, Melaka

Sejak dilahirkan, anak ini sememangnya jenis yang tak banyak kerenah...tak banyak sangat masa yang aku habiskan untu melayan kerenahnya...cukup baik dan cukup senang untuk dijaga. Aku cukup bersyukur memandangkan aku bekerja...

Ada sekali anakku yang sorang ni sakit, kira teruk jugaklah, tapi pada masa yang sama aku juga sakit dan tidak ada peluang hendak menjaganya. semasa dia mendapat alahan yang agak teruk aku kat Mersing...kerja jadi mak ayah kat kg yang bersusah payah menjaganya. mungkin itu salah satu sebab yang menyebabkan aku tak terasa sangat sebab tak menjaganya time sakit.

Bila umur anak 5 bulan...mula jaga sendiri, masa tu ya Allah terasa susah sangat sebab maknya tak pandai kereta sampai terpaksa ambil driver hahaha...nasib baik rumah pengasuh kat tangga jer nama dia Kak Ju. Kalau Kak Ju tengok arina sekarang mesti dia terkejut giler...dah besar macam anak dara dah hehehe

Bila jaga sendiri tanpa suami terpaksalah urus anak sorang-sorang, susahnya time demam tengah malam. banyak kali jugaklah mak dia terpaksa ambik cuti sebab tak sampai hati nak tinggal kat pengasuh. banyak kali jugaklah mak dia terpaksa tidur sambil duduk dan dokong dia sampai dia tido lena....

Bila teringat balik saat-saat kat atas tu...rindunyer....dah lama rutin tu aku tinggalkan..sekarang pun dah tahu bawak kereta setelah setahun bawak kereta tanpa lesen demi anak dan kerja. Sedar-sedar anak pun dah hampir 3 tahun dah, macam-macam dah pandai...dah pun pandai berdikari...

Rindunya nak ada anak lagi...agaknya Hani pun nak adik lagi...kesian dia boring main pondok sorang-sorang.............

Sunday, January 17, 2010

Anakku dan POKOYO

Anak ku memang minat dengan cerita ni berbanding cerita2 lain yang disiarkan kat tv tu.. kenapa? emm budak-budak memanglah... tapi cerita ni ok jugak, sesuailah untuk budak kecik macam dia.

Watak2 dalam cerita ni pun cute sampai anak aku menggelarkan dirinya Pokoyo, ayahnya Eli dan aku.........

Sebagai ibu terpaksalah aku minat dengan cerita ni tapi lama-lama jadi terminat pulak. lagi pun tak salah sebab banyak moral yang boleh diperoleh melalui cerita ini...


Kerana anak, secara langsung aku pulak jadi kaki 'cartoon' ..ayahnya pun terpaksa gak walaupun terpaksa. Bayak isu-isu semasa yang ter'miss' tapi nak buat mcm mana, nama pun anak... Kalau tengok dua tv agaknya mcm mana? patut ke tidak...

Bagi aku tindakan cam tu kurang sesuai... Menonton tv bersama anak-anak adalah salah satu cara memberi perhatian terhadap minat mereka, menyelami perasaan mereka, menjawab segala persoalan mereka...inilah salah satu proses pembelajaran yang perlu dilalui oleh semua anak-anak di dunia ini...inilah salah satu cara kita menghargai mereka..

Meskipun mereka kecil...mereka juga seperti kita, mempunyai jiwa dan rasa yang perlu kita jaga kerana mendidik anak-anak adalah tanggung jawab kita..

Wednesday, January 6, 2010

Tidak aKu Sangka.....

Memang aku tak sangka langsung akan kembali ke SMSSI ni...bukan aku sorang jer malah kawan-kawan lama kat SMSSI ni pun tak sangka....Cik Ju (bekas housemate aku) dan Kak Safiah tergelak besar bila dengar cerita ni...Yer lah beria aku nak balik kg, tup-tup tak sampai setahun setengah aku mohon tukar balik ke sini....itulah takdir namanya...dah tertulis yang rezeki masih kat SMSSI ni.....