Kawan-kawan


Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Dia yg Pergi...

Salam takziah buat keluarga Farhah Fakhira kerana Farhah Fakhira telah kembali kerahmatullah setelah seminggu di wad ICU akibat kemalangan semasa ingin menghadiri temuduga untuk pertukaran pelajar ke AS.
Kami warga guru sangat sedih dan berasa kehilangan atas pemergian beliau. Masih terbayang di mata aku bagaimana mudahnya dia menolong aku dalam menyelesaikan tugas.
Buat kali terakhir dapat juga kami warga guru melihatnya meskipun beliau cuma kaku diam membisu.(Maaf andai ada maklumat yg salah)
Apa pun moga rohnya damai di sana.
Alfatihah.....

Wednesday, December 29, 2010

Yang Hidup Pasti Kembali

Bersiaran dengan cerita sedih...bertalu2 berita sedih...
Sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Cikgu Khidir bin Rahmat dari SMK Nitar beberapa minggu lepas. Aku sememangnya tidak menyangka begitu cepat beliau pergi...Aku baru sahaja berkira2 nak meminta pertolongan beliau membetulkan laptop aku yang semakin memberat dengan masalah ni cuma tunggu masa semua kerja awal tahun ni clear sahaja...tapi itulah berita yang aku dapat...seorang sahabat yang sangat ringan tulang membantu kawan2 lain dalam kesusahan...pemergian beliau amat2 dirasakan kerana beliau juga merupakan antara insan pertama yang aku kenali sebagai rakan setugas ketika mula2 posting sbgai guru pada tahun 2000 dulu. semoga roh beliau dicucuri rahmat dan beliau jua tergolong dalam kalangan hamba yang solleh..Salam takziah kepada isteri dan anak-anaknya...semoga kalian tabah...

Friday, April 30, 2010

Hilang Duit Episode 2

Hilang duit lagi…Paling sedih lepas n3 pasal hilang duit aku tulis..hilang lagi..
Beberapa jam sahaja daripada n3 yg aku tulis tu..

Kali ni RM100..Dalam pada itu jugak tak ada sapa yg boleh aku syak..
Aku mula pening…nak selongkar pun tak tahu nak selongkar kat mana sebab dlm handbag memang tak ada semak samun..clear jer..

Aku dah tak boleh sabar..aku telefon mak aku kat kg..(mak tempat mengadu susah dan senang)

Aku dah tak larat nak menggantikan duit…kopak dah ni…
Mak aku janji nak tolong..baru tenang sikit..
Doa dan sembahyang hajat dari mak memang aku dambakan selalu kerana..itulah ubat bagi segala ketenangan dalam hidup ku..aku yakin doa seorang ibu..

Memang berita dari ibu kurang enak untuk didengar…korang mesti faham kan…
Dan yg terakhir pada hari penutup bulan 4, sekali lagi time nak bayar selepas makan kat salah sebuah kedai kek…buka zip bag tengok hanya ada duit syiling sahaja…nasib baik tak bayak dlm RM12 inggit sahaja aku hilang….

Aku nekad ambik keputusan jumpa Ustaz…
Sekarang beg duit dikosongkan...syiling ajer yg ada...
Moga semua ini akan berakhir...
Insyaallah..

Tuesday, April 27, 2010

Hilang Duit...huhuhu..


Bayangkan hampir 4 keping duit mcm ni aku hilang....wawa...sedihnya...

Memang aku tension (sikit2 lah) dalam masa terdekat ni dah dua kali aku hilang duit. Sekali tu duit buku budak2 hampir 200 hinggit, minggu lepas lagi sekali 100 lebih hinggit…tak tahu kat mana hilangnya sebab sebelum ini duit tu ada jerk senyum2 kat aku…

Bila duit hilang aku apa lagi nak buat kerja pun tak kena…runsing pun ada…nampaknya tak ada rezeki aku kali ini kot…ganti jerlah…wp menggigil jari jemari aku time nak ambik duit dari beg duit aku…terpaksalah…

Benda dah jadi, nak buat mcm mana, dugaan namanya atas kecuaian kita sendiri…aku tak mau salahkan sesiapa meskipun org yang telah ambik duit tupun…kucing mana tak suka nengok ikan…dosa tanggung sendiri..yg pasti aku tak mou ilang duit lagi….
Perit nak menggantikannya…