Kawan-kawan


Wednesday, February 3, 2010

Hi-Tea...Hotel Timotel

Semalam (03/02/2010) satu majlis Jamuan Hi-Tea telah diadakan di Hotel Timotel bagi meraikan para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun, tahun 2009 yang lepas. Semua pelajar ini telah berjaya memperoleh PNG 3.5 ke atas...

Terima kasih kat kawan aku Ustazah Zulaila yang datang ambik kat rumah untuk ke H.Timotel tu, walaupun baru ajer pulang dari sekolah, tak sempat duduk pun lagi terpaksa pula bergegas ke sana tapi kami tetap seronok...tak sabar nak tengok budak-budak tu makan...budak asrama biasalah kalau jumpa makanan hihihi...

Walaupun makanan itu tak boleh di 'tapau' tapi paham-paham lah budak-budak ni, tanpa segan silu mereka 'tapau' gak secara sulit...kalau tak rugilah dah bayar mahal-mahal kan...tetiba teringat pula geng2 first batch dulu lagilah mereka ni tak malu..apapun sekarang ni budak tu dah kat oversea hihihi...

Sebenarnya kat SMS Sultan Iskandar ni majlis sebegini dah jadi rutin dah...kadang-kadang 2-3 kali setahun Jamuan Hi-Tea diadakan bagi meraikan para pelajar dan para guru yang telah banyak menyumbang tenaga dalam mendidik para pelajar sehingga para pelajar mendapat kejayaan yang cemerlang..

Semua guru dijemput kecuali ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan, walaupun makan bukan apa sangat tapi cikgu-cikgu ni gembira dah...sekurang-kurangnya ada juga penghargaan dari pihak sekolah...dapat ler ilangkan 'tension' sket...

Walau apapun terima kasih banyak-banyak kepada pihak sekolah kerana sudi belanja kami semua walaupun harga untuk Hi-Tea dah naik...doakan kami sentiasa bersemangat mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna....

0 comments: