Kawan-kawan


Tuesday, February 9, 2010

"Muar Traders Hotel"




Hari ini aku ambik cuti rehat sebab nak temankan suami yang menghadiri temuduga pengesahan jawatan di Bagunan Sumber Manusia, Muar. Kami ni sebenarnya tak biasa dengan Muar. Nasib baik kawan kami, Izni dapat interview kat Muar gak dan dia plak ada saudara kat sini...senang skit rasanya, Alhamdulillah kalau tak teraba-raba jugak aku dan suami..tQ banyak2 kat Izni.

Kat Muar ni kami terpaksalah menginap kat hotel memandangkan jarak perjalanan ke sini dari Mersing lebih kurang 4 jam gak...jadi kami menginaplah kat Muar Traders Hotel. Best ke tak best belakang cerita kerana hotel ni adalah yang paling hampir dengan tempat temuduga cuma Jalan Kaki jer...

Hotel ni murah jer RM 115 aje untuk satu malam. Gov dapat lah less 5 inggit...sket jer tapi less jugaklah...okay per..Hotel okay sangat, bilik air selesa, luas dan dapat lihat plak view muara sungai...pagi2 cantik sungguh...sayangnya Canon aku rosak uwaaaa....berbaloi lah tinggal kat sini wpun dari luar mcm nampak biasa..

Apapun hotel ni bagi aku sangat okay setakat nak bermalam satu malam jer...kalau datang lagi kat sini aku akan bermalam kat sini kot..

0 comments: