Kawan-kawan


Wednesday, January 5, 2011

Cikgu Nawiah...Moga cepat sembuh...

Perjalanan ke rumah Cg Nawiah


Rumah peninggalan ibu bapa Cg Nawiah


Guru-guru bersalaman dengan Cg Nawiah....
Moga cepat sembuh kak...

Berita Cikgu Nawiah dimasukkan ke hospital amat mengejutkan...
Tambah mengejutkan beliau disahkan mengidap kanser paru-paru tahap 4..
Memang ia bukan sesuatu yang mudah untuk diterima olehnya atau seiapa sahaja..
Tahap 4 ataupun tahap terakhir cukup menguji kekuatan dan ketabahan kita sebagai manusia...
Tambahan lagi ia berlaku lebih kurang dalam masa lebih kurang sebulan sahaja...
Terlalu pantas...dan begitu cepat ia merebak...
Saya masih ingat semasa meninggalkan sekolah tuk cuti akhir tahun beliau hanya mengalami batuk2 yang agak panjang dan kelihatan agak lemah...
Kita tidak menyangka kerana batuk2 ni kerap berlaku...sehingga rasa sesak dalam dada..
Beliau ditahan di hospital Mersing sblm mendapat rawatan lanjut di HSA..dan juga perubatan tradisional..
Beliau merupakan seorang guru yg sangat komited dgn tugasnya dan merupakan seorang guru Fizik yg cemerlang...
Sesungguhnya seluruh warga ISKANDAR mendoakan Cg Nawiah sentiasa tabah dan tidak sekali-kali berputus asa memohon kepada Allah agar kembali sembuh seperti sedia kala.
Sesungguhnya Allah maha pengasih dan maha penyayang
Kita tidak pernah tahu takdir kita...
Ujian Allah pasti ada untuk setiap hambanya bg
Menguji keimanan dan ketabahan

1 comments:

sarah-najwan said...

sejak aku tau dr mu psl nawiah ni..
sampai skrg aku jadi takut
sebab hal ni xjangka2..sgt cepat..xkira keadaan..

semoga nawiah cepat baik dan berlaku keajaiban..supaya dia akn terus boleh mendidik anak2 murid di iskandar..

**igt masa jumpa kat gambang tu..sihat aje..hish..takut wehhh...