Bersuka ria ambik gambar sendiri dengan Cik Su dia...
Kawan-kawan
Wednesday, June 30, 2010
Hari Kantin SMSSI 2010
Tuesday, June 22, 2010
Cenderahati dari Vietnam
Terima kasih pada kak Amnah dan kak Safiah yang telah memberikan tanda kenang-kenangan ini...mereka telah melancong ke Vietnam pada masa cuti sekolah yang lepas...
Kak Amnah ni AJK tertinggi aktiviti pelancongan ke luar negara bagi para guru di daerah Mersing ni....dalam setahun tu adalah dalam tiga kali mereka melancong ke luar negara...Pakej yang ditawarkan sangat berbaloi2 dan jaminan puas hati.....
Next destination...Padang dan Bukit Tinggi lagi....
Monday, June 21, 2010
Rejab dah berapa hari?

Assalamualaikum….
Hari ni aku ada kelas pagi…
Dari 7.20 hingga 9.20…
Dah tentunya aku belum makan…
Lagilah semalam balik lewat jadi aku makan jer yang ringan2..
Disebabkan aku rasa lenguh2 kaki berdiri dan aku juga masih blum makan…
Masa kat kelas tingkatan 2…
Aku bertanya sorang student aku masa dok dalam kelas tu secara spontan..
AKU: Awak dah makan ke?
Stud: Saya puasa cikgu.
AKU: (berfikir…puasa sunat apa yer? Hari ni hari Selasa..) Puasa sunat ker?
Stud: Yup cikgu…puasa bulan Rejab.
AKU: Rajin nyer awak ni? Puasa ramai2 ker?
Stud: Tak lah cikgu, keluarga saya semua puasa…
AKU: (berfikir…budak2 ni kan semua dok asrama…) Kenapa awak rajin sangat?
Stud: Mak, Ayah, Abang dan Kakak saya kat kg semua puasa hari ni, takkan saya
sorang kat sini tak puasa. Jadi saya puasa jugak wpun saya jauh dari mereka…
AKU: Bagus…( berfikir…insafnya aku…aku ni puasa pun masih ada yg blm
berganti…sedangkan Ramadhan semakin menghampiri…) itulah gerak hati yang Allah
berikan supaya hambanya ini sedar kita dah di bulan Rejab. Aku pun tak
terfikir kenapa aku leh Tanya stud tu dah makan belum sedangkan aku tahu pagi2
kat asrama mesti sarapan dulu…salah satu rahsia di sebalik sesuatu perkara…
Saturday, June 19, 2010
Birthday Hani 28 Mei
Jalan-jalan ke Penang
Hari Isnin lepas 14 Jun 2010 kami sekeluarga sempat jalan-jalan ke Penang untuk mengambil sijil2 kursus suami di MPPP. Plan nak pergi dua hari tapi tak jadi kerana hari selasa ada kenduri. Kalau dua hari sempatlah kami ronda-ronda Kedah sekali..Lagipun dah janji nak menginap kat umah kawan baik aku sejak zaman 'U' dulu..SAERAH
Kita ni hanya mampu merancang..jadual terpaksa diubah ditambah pula kawan baik aku tu datang Kelantan pada hari Ahad. Malam tu dia dan keluarganya berjaya jugak datang rumah aku tuk makan malam kerana aku akan ke Penang pagi esoknya..sebenarnya mereka plan nak datang hari Isnin...nak makan nasi dagang katanya..tak ada rezeki aku nak masak nasi dagang tuk mereka..masak yg biasa2 jerlah mlm tu..nanti lain kali aku masak yer..
Dalam perjalanan ke Penang sempat kami berhenti di Hentian Titiwangsa membereskan hajat2 supaya perjalanan kami lancar...semasa kat situ pemandangan cantik giler..jadi adik ipar aku sempat snap beberapa keping gambar...layan..
Tuesday, June 1, 2010
Susahnya Belajar Kereta

Gambar ni ambik kat google jer...sama ngan keta aku...
Ingat lagi betapa susahnya nak belajar kereta..
Apa lagi nak dapatkan lesen kereta tu...
Tambah plak langsung tak ada pengalaman..
Belum kahwin tak kisah pasal pandu-memandu ni..
Bila kahwin suami pula jadi driver..
Terus tak kisah..
Bila balik Kelantan 2008 aku dah kisah..
Nak tumpang kawan2 susah...semua ada keluarga..tak ada org nak melayan..
Suami pulak dapat sambung belajar..
Nak pergi sekolah aku pakai driver plak...terpaksa...
Driver aku plak jadi gemuk..sebab kerjanya mkn dan tido jer..
Kesian kat dia..aku suruh dia cari kerja..
Dah terus dapat pulak...
Driver tu bukan orang lain adik aku juga...
Nilah rupa driver aku
Masa tu dah belajar sikit2 kereta..
Standby..sebab aku dah boleh agak dah..
sepanjang belajar banyak jugak aku makan penyumpah..
Peritnya...sampai bertobat aku...
Tengah jln tu ada pulak bukit..kat situ jugak lah simpang tiga..
Kat situlah tiap mlm aku belajar..kul 12-1 pagi agak2 time tak de orang..
Sejam dua tu biasalah...nak pitam jer..tapi aku tahan gak takut cikgu marah..
Bila driver aku dah tak ada..
terpaksa tumpang kawan pulak..
Segan mak aihh tak yah citer..
bila suami aku balik aku pulun belajar jln nak g kerja ajer..
Tahap terdesak..
Akhirnya aku g sekolah bawa kereta..
hari tu aku orang pertama sampai kat sekolah..
Setahun aku bawak kereta tak ada lesen..
Mula-mula 6km ke sek pastu tambah plak jd 25 km ke sek..
Redah jer lah..
selepas setahun bawak secara haram...
Aku dapat dah lesen wp hari test tu aku lupa pakai tali pinggang..
Pak cik jpj tu tak pasan kot..
Aku control cool...peh nasib baik..
Akhirnya..aku dapat lesen..
Sekarang ni aku tinggal dgn suami balik..
Jadi kembali pada asal..
Suami ku driver ku..
HU..Hu..
Subscribe to:
Posts (Atom)