Kawan-kawan

Monday, June 21, 2010

Rejab dah berapa hari?


Assalamualaikum….

Hari ni aku ada kelas pagi…
Dari 7.20 hingga 9.20…
Dah tentunya aku belum makan…
Lagilah semalam balik lewat jadi aku makan jer yang ringan2..
Disebabkan aku rasa lenguh2 kaki berdiri dan aku juga masih blum makan…
Masa kat kelas tingkatan 2…
Aku bertanya sorang student aku masa dok dalam kelas tu secara spontan..

AKU: Awak dah makan ke?
Stud: Saya puasa cikgu.
AKU: (berfikir…puasa sunat apa yer? Hari ni hari Selasa..) Puasa sunat ker?
Stud: Yup cikgu…puasa bulan Rejab.
AKU: Rajin nyer awak ni? Puasa ramai2 ker?
Stud: Tak lah cikgu, keluarga saya semua puasa…
AKU: (berfikir…budak2 ni kan semua dok asrama…) Kenapa awak rajin sangat?
Stud: Mak, Ayah, Abang dan Kakak saya kat kg semua puasa hari ni, takkan saya
sorang kat sini tak puasa. Jadi saya puasa jugak wpun saya jauh dari mereka…
AKU: Bagus…( berfikir…insafnya aku…aku ni puasa pun masih ada yg blm
berganti…sedangkan Ramadhan semakin menghampiri…) itulah gerak hati yang Allah
berikan supaya hambanya ini sedar kita dah di bulan Rejab. Aku pun tak
terfikir kenapa aku leh Tanya stud tu dah makan belum sedangkan aku tahu pagi2
kat asrama mesti sarapan dulu…salah satu rahsia di sebalik sesuatu perkara…

0 comments: