Kawan-kawan


Monday, May 31, 2010

Petang2 Masak Cucur Bilis

Kalo tak ada kelas petang...free jer masak cucur bilis...(jeput malas kata orang kelantan)
Pencecah dia mesti beli kat kelantan punya...Cap Merak..
Nilah gaya cucur yang aku masak..


Ni yg blom goreng...


Ni dah goreng...cukuplah utk makan satu keluarga...

Cara Membuatnya:-
1/2 kilo tepung gandum
Ikan bilis secukupnya
Satu ikat kangkung - banyak lagi best
1-2 biji lada merah
2 biji telur
sedikit garam dan gula
2 labu bawang besar kuning
1/2 sudu mauripan - untuk lebih lembut..

Wednesday, May 26, 2010

Award dari Amy Syaquena (SINAR RAUDAH)



Haaa...Award ni diterima daripada Amy Syaquena tuan tanah Sinar Raudah

TQ banyak2 Amy...sorry lambat pulak ambik award ni hehehe...
Walaupun baru kenal...Amy sangat bermurah hati dengan memberikan award ini...makacih...

Antara penerangan award <-- macam penerangan bendera pulak :) copy terus dari yang empunye blog: Fiza

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.


FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.


LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Sunday, May 23, 2010

Khabar sedih dari kg...



Semalam aku mendapat panggilan dari kg...
Khabar sedih ttg dugaan yg menguji mak saudara aku...
Rupanya dah hampir sebulan mak cik aku tak dapat pergi kerja..
Hidupnya jadi orang lain...
Yang tak kenal diri...
Dirinya dikuasai...

Aku termenung memikirkan dugaan yang Allah berikan padanya.....
Perasaan sedih bercampur baur...
kerana..
Aku jua pernah mengalaminya...

Disaat itu aku merasakan betapa kecilnya dugaan yg Allah berikan kepadaku...
Aku masih ingat dan selamanya ingat..2 minggu sblm habis pantang pd tahun 2007..
Aku ditahan di wad selama 10 hari dalam keadaan badan yg lemah, pakai oksigen, tak boleh makan dan muntah serta buang air hampir 30 kali sehari...
Masa itu anak terpaksa aku tinggal kat mak mertua..
Mak aku pulak jaga aku kat sepital gilir2 dengan suami aku ikut shif kerja suami aku..

Maka berkampunglah aku, suami dan mak aku kat hospital...sehinggalah suatu hari aku minta mak aku sembahyang hajat dan buat air penawar utk membantu kesihatan aku..aku memang dah tak berdaya..nak bercakap pun tak berdaya..nafas sangkut...
Orang yang melawat semuanya memohon maaf...

Terasa diri ini terlalu hampir...hampir dengan sebuah kematian...
Aku takut...semua kesilapan dan dosa2 bermain diruang mata...

Aku bertaubat....

Selepas minum....alhamdulillah kuasa Allah...aku semakin pulih..nyatalah semuanya ujian untuk menguji dan meyedarkan hambanya...

Aku bersyukur kerana Allah bagi aku sakit kerana disebalik ujian itulah tanda Allah sayangkan hambanya yang banyak melakukan kesilapan dibumi ini...dan aku diberi peluang...

Yakinlah setiap ujian yg diberikan itu adalah yg termampu dipikul oleh hambanya...Ingatlah dan yakin bahawa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang..

Gambar tu pinjam dari PC Google

Saturday, May 22, 2010

Oh Anak...

Oh anakku...
Mengapalah pepagi buta cam ni dirimu masih nak tengok tv..
Siapa yg menjadi mangsa..
Ibu mu inilah terpaksa bersengkang mata...
Sampai kat ASTRO tu dah habis citer cartoon yang best..
Jam kol 3.25 pagi barulah dirimu lelapkan mata..
Ibumu jugalah yang kena angkat...bawa masuk dalam bilik...
Aduh anakku...jgnlah buat cam ni lagi..
Nasib bek mak tak kerja sok...

Petang yang haru..

Peristiwa haru di petang hari...

Tiba-tiba suasana jd gelap...semua terpadam...
Tak de letrik rupanya..
jam 3.50 petang..

"Pa...Tak de letrik ek? ke fius tendang..."
"Ada bunyi ker? Tak de kan...memang tak ada letrik lah tu.."
"Agak-agak lamat tak pa?"
"Entahlah...."
"Panas ek pa.."
"Tak panas sangat...kan hujan...nak gi tidolah..."
"Eh panas cam ni boleh nak tido..tak lemas ke?"

Dengan selumber nyer Mr Papa ni g tido dgn anak dia...ok jer...aku lah rasa lemas yang teramat...tak tahan aku duduk depan pintu rumah atas lantai bg sejuk sikit...sambil tu intai2 kotak fius tu...dalam hati tul ker tak tendang...

Lepas solat dlm kol 6 petang aku lepak2 dalam gelap...suasana kat luar pong gelap jugak coz hujan...

Dekat ngan Magrib aku sesaja lah buka tingkap bilik...baru rasa teringin nak tgk umah2 jiran ada cahaya ke tak...lg pun bunyi bising2 kat luar...

Tgk jiran cina dpn umah ruang tamunya diterang cahaya...aku pelik...aku intai plak jiran kiri umah aku...siap pasang lampu koridor lagi...aku..uhhh dok dalam gelap...

Suami aku dok pasang lilin...aku tanya dia..

"Pa..pasal umah jiran2 lampu nyale semuanya...kita jer gelap...cepat tgk kotak tu...saya dah agak dah tendang kat situ..."

Bila suami aku tgk..memang dan dia tergelak besar....adoiiiii....

Sempatlah 3 jam bergelap n berpanassss.....dugaan....

TAMAT

Friday, May 21, 2010

Bangunan pencakar langit Hani




Sebab dia boring dia buat benda ni...Aku beli yng besar punya supaya susah nak hilang..kalau hilang senang nak jumpa balik...tak larat nak beli banyak2 kali..asyik ilang jer kalau yg kecik2..

Buatlah dik apa-apa pun janji gembira...ni kes tak dilayan oleh Mak dan Papanya...ok jugak dapatlah bangunan pencakar langit sebijik...

Dr DetoX



Semalam aku cuba benda nih..
Kawan Abe aku yg jual...

Tujuan...
Buang Toksin
Badan lebih segar
Kurangkan Alergik
Meningkatkan kadar metabolisma
Kurangkan tekanan darah tinggi
Kurangkan sakit sendi
Tingkatkan sistem imunisasi
Lancarkan perjalanan darah
Tidur dgn lenanya
Kurangkan berat badan
Kurangkan bau kaki

Aku pakai lah mulai semalam..
Oh banyaknya toksin dalam badan aku ni....