Kawan-kawan


Sunday, May 23, 2010

Khabar sedih dari kg...



Semalam aku mendapat panggilan dari kg...
Khabar sedih ttg dugaan yg menguji mak saudara aku...
Rupanya dah hampir sebulan mak cik aku tak dapat pergi kerja..
Hidupnya jadi orang lain...
Yang tak kenal diri...
Dirinya dikuasai...

Aku termenung memikirkan dugaan yang Allah berikan padanya.....
Perasaan sedih bercampur baur...
kerana..
Aku jua pernah mengalaminya...

Disaat itu aku merasakan betapa kecilnya dugaan yg Allah berikan kepadaku...
Aku masih ingat dan selamanya ingat..2 minggu sblm habis pantang pd tahun 2007..
Aku ditahan di wad selama 10 hari dalam keadaan badan yg lemah, pakai oksigen, tak boleh makan dan muntah serta buang air hampir 30 kali sehari...
Masa itu anak terpaksa aku tinggal kat mak mertua..
Mak aku pulak jaga aku kat sepital gilir2 dengan suami aku ikut shif kerja suami aku..

Maka berkampunglah aku, suami dan mak aku kat hospital...sehinggalah suatu hari aku minta mak aku sembahyang hajat dan buat air penawar utk membantu kesihatan aku..aku memang dah tak berdaya..nak bercakap pun tak berdaya..nafas sangkut...
Orang yang melawat semuanya memohon maaf...

Terasa diri ini terlalu hampir...hampir dengan sebuah kematian...
Aku takut...semua kesilapan dan dosa2 bermain diruang mata...

Aku bertaubat....

Selepas minum....alhamdulillah kuasa Allah...aku semakin pulih..nyatalah semuanya ujian untuk menguji dan meyedarkan hambanya...

Aku bersyukur kerana Allah bagi aku sakit kerana disebalik ujian itulah tanda Allah sayangkan hambanya yang banyak melakukan kesilapan dibumi ini...dan aku diberi peluang...

Yakinlah setiap ujian yg diberikan itu adalah yg termampu dipikul oleh hambanya...Ingatlah dan yakin bahawa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang..

Gambar tu pinjam dari PC Google

1 comments:

BUNGA said...

sedihnya.. masa tu skit apa? smpi mcm tu skali.. dugaan.. tp skrg dh ok kan?