Kawan-kawan


Sunday, January 17, 2010

Anakku dan POKOYO

Anak ku memang minat dengan cerita ni berbanding cerita2 lain yang disiarkan kat tv tu.. kenapa? emm budak-budak memanglah... tapi cerita ni ok jugak, sesuailah untuk budak kecik macam dia.

Watak2 dalam cerita ni pun cute sampai anak aku menggelarkan dirinya Pokoyo, ayahnya Eli dan aku.........

Sebagai ibu terpaksalah aku minat dengan cerita ni tapi lama-lama jadi terminat pulak. lagi pun tak salah sebab banyak moral yang boleh diperoleh melalui cerita ini...


Kerana anak, secara langsung aku pulak jadi kaki 'cartoon' ..ayahnya pun terpaksa gak walaupun terpaksa. Bayak isu-isu semasa yang ter'miss' tapi nak buat mcm mana, nama pun anak... Kalau tengok dua tv agaknya mcm mana? patut ke tidak...

Bagi aku tindakan cam tu kurang sesuai... Menonton tv bersama anak-anak adalah salah satu cara memberi perhatian terhadap minat mereka, menyelami perasaan mereka, menjawab segala persoalan mereka...inilah salah satu proses pembelajaran yang perlu dilalui oleh semua anak-anak di dunia ini...inilah salah satu cara kita menghargai mereka..

Meskipun mereka kecil...mereka juga seperti kita, mempunyai jiwa dan rasa yang perlu kita jaga kerana mendidik anak-anak adalah tanggung jawab kita..

0 comments: