Kawan-kawan


Wednesday, January 20, 2010

Anak Perempuan Tersayang


Anak perempuanku Hani Arina


Gambar ini diambil pada tahun lepas semasa hendak bertolak ke Melaka untuk mengikuti hari keluarga SMSSI di A Farmosa Resort, Melaka

Sejak dilahirkan, anak ini sememangnya jenis yang tak banyak kerenah...tak banyak sangat masa yang aku habiskan untu melayan kerenahnya...cukup baik dan cukup senang untuk dijaga. Aku cukup bersyukur memandangkan aku bekerja...

Ada sekali anakku yang sorang ni sakit, kira teruk jugaklah, tapi pada masa yang sama aku juga sakit dan tidak ada peluang hendak menjaganya. semasa dia mendapat alahan yang agak teruk aku kat Mersing...kerja jadi mak ayah kat kg yang bersusah payah menjaganya. mungkin itu salah satu sebab yang menyebabkan aku tak terasa sangat sebab tak menjaganya time sakit.

Bila umur anak 5 bulan...mula jaga sendiri, masa tu ya Allah terasa susah sangat sebab maknya tak pandai kereta sampai terpaksa ambil driver hahaha...nasib baik rumah pengasuh kat tangga jer nama dia Kak Ju. Kalau Kak Ju tengok arina sekarang mesti dia terkejut giler...dah besar macam anak dara dah hehehe

Bila jaga sendiri tanpa suami terpaksalah urus anak sorang-sorang, susahnya time demam tengah malam. banyak kali jugaklah mak dia terpaksa ambik cuti sebab tak sampai hati nak tinggal kat pengasuh. banyak kali jugaklah mak dia terpaksa tidur sambil duduk dan dokong dia sampai dia tido lena....

Bila teringat balik saat-saat kat atas tu...rindunyer....dah lama rutin tu aku tinggalkan..sekarang pun dah tahu bawak kereta setelah setahun bawak kereta tanpa lesen demi anak dan kerja. Sedar-sedar anak pun dah hampir 3 tahun dah, macam-macam dah pandai...dah pun pandai berdikari...

Rindunya nak ada anak lagi...agaknya Hani pun nak adik lagi...kesian dia boring main pondok sorang-sorang.............

0 comments: