Semalam iaitu hari Jumaat genaplah 7 hari rakyat negeri Johor bekabung sempena kemangkatan Sultan Johor...
Sebagai salah seorang yang mencari rezeki di negeri Johor ini aku turut berkabung demi menghormati kemangkatan sultan Johor tetapi aku mula pada hari Selasa. Begitu juga dengan suami aku...Hari Isnin tu.....
Sampai jer kat sekolah hari Isnin tu aku terkejut melihat semua guru lelaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih. Masa tu tak perasan sangat, dalam hati memuji-muji cikgu lelaki yang begitu prihatin..
Bila datang pula cikgu-cikgu perempuan aku mula terkejut mereka semua memakai tudung putih, aku pulak pakai tudung hitam berbunga hijau...mereka semua tanya pasal apa aku tak pakai tudung putih...aku dengan selamba jawab tak ada tudung putih sebenarnya aku tak tahu kena pakai macam tu hihihi tapi aku memang tak suka tudung putih..
Suami aku pun samalah, bila sampai kat sekolah dia sorang jer yang tak pakai songkok..padahal malam tu kami dah tengok laman web PPD Mersing tentang etika berkabung tetapi kami tak tahu kami pun kena jugak...maklumat tentang permintaan berkabung bagi warga Johor tak sampai kepada kami..Besoknya kami turut berkabung dan suami pergi beli songkok baru...
Seingat aku dulu ada sekali masa sekolah rendah, aku sekolah separuh hari sahaja kerana Sultan Kelantan pada masa tu mangkat kot...dah tak ingat dah...masa tu tak ada apa dalam kepala ni yang paling best melainkan cuti jer...
0 comments:
Post a Comment