Kawan-kawan

Monday, March 15, 2010

5 Tahun Dah Aku Kahwin..



Hari ini hari ulang tahun perkahwinan aku...sedar tak sedar dah lima tahun dah aku berkahwin dengan Hasmadi Hamid...Terima kasih lah kat suami aku yg sanggup terima aku seadanya...

Tiba2 aku teringat satu cerita pada suatu ketika dahulu pada tahun 2002. Masa tu aku tengah kawan2 dengan suami aku...

Masa tu aku sakit kaki, jadi aku pergi jumpa seorang hamba Allah ni untuk berurut...Jadi kami pun ada sembang2 lah pasal jodoh. Aku ada cerita jugak pasal bakal suami aku masa tu....masa tu kami nak bertunang...Hamba Allah tu mcm tilik2 lah n dia kata mengikut ilmu dia aku dengan suami aku tak ada jodoh. Jadi tak payah teruskan...wpun sikit aku terasa gak...

Aku ingat lagi masa tu mak aku cukup marah. Dia kata jangan percaya sebab yang menentukan segala-galanya adalah Allah yang Maha Kuasa....

Setiap kali aku lalu kat kaw tu aku tetap ingat hamba Allah tu....aku doakan semoga dia berubah atas segalanya...

Yakinlah....Jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki semuanya hak Allah...kita sebagai hamba hendaklah yakin dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-5 buat suami tersayang Hasmadi bin Hamid...

0 comments: