Kawan-kawan


Saturday, March 20, 2010

Kota Bharu ke Mersing

Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai ke Mersing pada jam 8.10 malam setelah bertolak dari rumah jam 9.10 pagi.

Aku memandu dari Kuantan ke Mersing supaya suami yang kepenatan dapat berehat. Penat jugaklah sebab tak biasa memandu jauh...

Apa yang paling menakutkan ialah semasa kat Endau terdapat satu kemalangan di kawasan atas bukit. Kereta bomba dan polis sedang membantu mengeluarkan mangsa...berdiri bulu roma dan seram sejuk...dahlah waktu itu gelap (waktu magrib kul 8.00 malam)kat area hutan plak tu...semoga mereka yang terlibat selamat (walaupun macam tak ada harapan)

Mak aku selalu berpesan..sentiasalah sembahyang hajat dan memohon perlindungan dari Allah sebelum memulakan perjalanan terutamanya perjalanan yang jauh..

Hanya perlindungan Allah sahaja mampu menyelamatkan kita dari segala musibah.

0 comments: