Kawan-kawan
Wednesday, August 4, 2010
Jalan2 Habiskan Duit!!!
Tuesday, August 3, 2010
Ulang Tahun Lagi?

Berapa kali da...aku nak sambut ulang tahun....hehe..
Bukan... kali ni adalah hari Ulang tahun sekolah aku ni...(dah 7 tahun dah..)
Aku ngajar kat sini sejak sekolah ini di buka pada tahun 2003..
Aku ni cikgu generasi pertamalah kiranya...dah ramai cikgu seangkatan dah berpindah..dan akan ada lagi yang akan berpindah...cuma aku yang akhirnya kembali lagi ke sini setelah aku berpindah...
uhh patutlah tadi ada terima kek daripada pelajar generasi pertama sekolah ni merangkap menti aku jugak...Cik Zulaikha yang bakal bergelar Doctor..
Gambar kat atas tu pinjam dari blog NAGALIAR aka Muhaidzar (sorry ya..)
Fuh..Nasib Baik..

Fuh, nasib baik lah Encik2 Nazir tu lupa nak jemput aku mengadap dia hari ni...
Semalam dah ambik nama katanya nak tanya-tanya sikit terutama pasal NILAM lah..
Berdebar gak aku yer lah...penyakit darah gemuruh akan datang bila2 masa jer...
Ni pun dah dua hari aku rasa bilik guru ni extra sejuk..biasa tak macam ni pulak..aduhhh (ada kaitan ke? atau econd tu baru di service huhu)Oooo patutlah semalam aku tak gaduh sangat nak siapkan apa yang patut. tapi akhirnya 80% aku berjaya siapkan dengan bantuan Cik Nel...yang 20% tu aku serah pada takdir jer huhuhu...akhirnya semuanya TAMAT..aku pun lega..
Allahyarham adalah bekas pelajar ku...

Pelajar Asasi Sains UM maut jatuh asrama
Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 30 Julai - Seorang pelajar Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya maut setelah terjatuh dari tingkat lima bangunan asrama Kolej Kediaman Dr. Nazrin Shah (Kolej Kediaman ke-12) di kampus itu di Lembah Pantai, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, mangsa, Zulkhairi Azmi Md. Bukhari, 19, dikatakan cuba memanjat untuk menyeberangi bilik seorang rakannya yang berkunci kerana ingin mengambil telefon bimbit dan dompetnya yang tertinggal di situ.
Tindakan pelajar itu bagaimanapun membawa padah apabila dia terjatuh dari tingkat lima yang menempatkan bilik rakannya, menyebabkan dia cedera parah di kepala dan badan. Allahyarham Zulkhairi Azmi meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan, Allahyarham yang tinggal di tingkat tiga bangunan asrama yang sama, telah naik ke bilik rakannya itu malam tadi dan tidur di situ.
Apabila pulang ke biliknya semula, dia menyedari telefon bimbit dan dompetnya tertinggal. Mangsa kemudian pergi semula ke tingkat lima untuk mendapatkan kedua-dua barang berkenaan.
Ketika sampai, rakannya tiada di bilik dan pintunya berkunci. Allahyarham mengambil keputusan menyeberangi bilik tersebut menerusi bilik seorang rakan di sebelahnya.
Berita Selanjutnya.....
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0731&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
Sunday, August 1, 2010
tQ to kak RoziE...
Dilanda kerja yang banyak...
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)

