Kawan-kawan


Wednesday, October 27, 2010

Neraka

Perkataan 'Neraka' berasal dari bahasa Ibrani yang bererti unggul api.
Neraka ialah tempat seksaan bagi mereka yang berdosa termasuklah jin dan manusia yang derhaka kepada Allah.
Dalam al-Quran ada juga disebut sebagai 'nar' atau Narul Jahannam.

Penciptaan dan perihal Neraka

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bererti:-

"Api neraka itu dinyalakan selama 1000 tahun sehingga menjadi merah,
kemudian dinyalakan di atasnya selama 1000 tahun sehingga menjadi putih,
kemudian dinyalakan di atasnya selama 1000 tahun sehingga menjadi hitam,
maka ia menjadi hitam dan gelap."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada Jibril: "Wahai Jibril! Mengapa aku tidak pernah melihat Mikail ketawa? Jibril menjawab: "Mikail tidak pernah ketawa semenjak neraka diciptakan oleh Allah."

Maimun bin Mahran mengatakan, ketika Allah menciptakan Neraka Jahannam, Allah menyuruh Neraka Jahannam bersuara. Manakala mendengar suara itu, semua Malaikat jatuh tersungkur. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: "Angkatlah kepala kamu. Tidakkah kamu mengetahui bahawa Aku menciptakanmu supaya mentaati-Ku dan Aku ciptakan Jahannam untuk makhluk-Ku yang menderhakai-Ku". Para Malaikat menjawab: "Wahai Tuhan kami! Tidakkah kami berasa aman darinya sehingga kami melihat penghuninya".
Dipetik dari buku: Pengertian Solat Dalam Islam

Semoga Allah melindungi kita daripada seksaan azab Api Neraka...lantaran kekhilafan hidup kita di dunia ini...Sesungguhnya janji Allah itu benar...

Wednesday, October 20, 2010

Tiba-tiba ia berlaku


Inilah yg berlaku...
Inilah hakikat kehidupan...
Inilah yg dikatakan dugaan....

Baru semalam semua ni berlaku...
Suamiku bangun dari tidur...
Dia rasa kelainan...pelik...sesuatu yg tak pernah dirasa...
Dia Tak dapat lagi meneruskan tidurnya....
Hingga pagi...
Aku...tidur lena..
kerana aku tak tahu...
Kalau tak, mana mungkin aku begitu...

Banyak yg difikirkannya...
Segala kemungkinan yg pastinya dia terpaksa hadapi..
Aku tahu dia sedih...
Bila dia sedih, aku juga sedih..
Tapi aku tahu, aku penguat semangat dia..

Wahai suamiku...
Walau apa yang berlaku padamu...
Aku tetap akan bersamamu..
Dibelakangmu..
Menyokongmu...
Didepanmu...
Andai kau perlu bantuanku...

Susah senang kita bersama..
selamanya..


Mendung...semendung hatiku...


Cuaca nampak macam mendung...
Tengok gambar...
Kul 8 pg tadi ambik kat kawasan sekolah...
Segitulah keadaannya..
Matahari cam segan nak limpahkan cahayanya...
Ini lah jerebu...
Walaupun tak sampai cuti2 Jerebu cam tempat lain...
Bahang tetap terasa juga...
So, jagalah kesihatan...

Jerebu ini semendung hatiku....

Monday, October 18, 2010

Puan Pengarah nak datang sek...


Dah nak sampai pon...
on the way from Sains Kluang...
Sape lagi kalau bukan Pn Ashah

Bila beliau nak datang...
sibuklah org2 besau gi pasar...
beli ikan...
beli udang...
beli ketam...
beli sotong...
beli ikan bilis mata biru...(wajib okay..)
susah kot nak dapat ikan bilis mata biru kat tempat lain kot...(tataulah aku)
peberet beliau nih...

Oleh sebab itu jugaklah...
aku dan org lain jugak...(warga sek ni ajer yer..)
tak boleh balik sekolah lg..
tgk..tgk..jam dah hampir kul 2 ptg dah ni...
cam mana nih...

kedatangan beliau menyebabkan...
exam hari ini dibatalkan..(yg lepas waktu rehat)
tanpa alasan...
mesyuarat petang ini dibatalkan...
kompem esok kena balik lambat lg ganti yg hari ni punya...
berkira pulak aku...
hari-hari balik lambat lah...
ok jer...

rindu masa kat kg...
bunyi loceng...
blahhhh...
kalah budak2...

Dia Suami Dia Isteri...Cam mana tu???


Pelik ker? Tak adalah pelik sangat...
Tapi bagi aku, aku tak pernah jumpa orang lelaki sebegini...
Dia suami dia jugak isteri...
Bukan bermaksud dia ada 2 jantina yer...

masa kat kg dulu aku kenal seorang cikgu ni..
Dia mengajar kat...rasanya kat sek....uppsss tak yah lah bg tahu..
karang glemer pulak dia..

Suatu hari aku berpeluang pergi umah dia...
Pergi berdua dgn kawan lagi satu...
Sampai kat umah dia, aku tgk umah dia baru jer siap...
kiranya bunglow setingkat yg agak sederhana dan menarik jugak...
kawan aku kata suami dia buat sendiri rumah tu...
sorang2...ajak org tolong masa buat rangka bumbung jer..
di iakan isterinya...
sekarang tgh buat pagar rumah pulak...sorang2...
suami dia ni cikgu pulak...kot tukang rumah tak pa lah jugak..
buat pagar tu biasalah...ni satu rumah beb...pening aku pikir..

masa kita org keluar tu isteri dia pakai kebaya...
baju tu pun suami dia yg jahit...
semua baju isteri dia suami dia yg jahit...adoiii..
memasak pun suami jugak...
masa kita org kuar tu tentu-tentulah suami dia yg jaga anak...

memang serba bulehlah suami dia...
bertuahlah dia...
walaupun suami aku pandai tido jer bila balik kerja...
aku kira bertuah jugak...
kenapa?
baik dia tido dari dia pergi melepak tak tentu hala....
kan?kan?kan?

Sunday, October 17, 2010

Sangat Gembira...


Oleh kerana mengajar 4 kelas tingkatan 3
dan 1 kelas tingkatan 2
maka...
bila PMR dah abis ni.....
aku pun beraya samalah....

nak citer pasal exam akhir tahun nih...
mengembirakan sangat bila...
aku dah habis menanda semua esei pelajar tingkatan 2 tuh..
bahagia...
bukan apa..
budak2 tu cuma 22 orang jer...
tu lah yg untungnya ajar budak2 PMR..

tahun depan bagi lg kat saya kelas PMR..
saya nak...
saya suka...

pada kawan2 yang dok menanda tu...teruskan yer...

Cerita Dongeng yang Bosan



Sewaktu zaman penjajahan British, British telah memperkenalkan tiga peralatan baru untuk digunakan semasa makan di Tanah Melayu. Peralatan tersebut ialah sudu, garfu dan pisau. Tiga peralatan tersebut telah menjadi sahabat baik sewaktu berada di Britain.

Sesampainya tiga sekawan itu di Tanah Melayu, mereka diperkenalkan kepada pembesar-pembesar di sini. Walaupun baru hari pertama mereka digunakan oleh pembesar di Tanah Melayu namun sudu sudah mengeluh. Sudu berkata kepada garfu, "Patut ke si Dol Said itu menggunakan aku untuk mengambil kuah sambal tumis petai? Dahlah busuk."

Garfu pulak menjawab, "Betultu, Si Rentap pula menggunakan aku untuk makan roti bakar. Lagilah tak masuk akal.

Tiba-tiba penyepit mencelah, "cubalah kamu semua bersyukur, cuba tengok Si Pisau, walaupun ia digunakan untuk memotong daging yang hanyir namun dia tidak pernah merungut.

Garfu dan sudu berasa insaf dan tidak pernah merungut lagi.

Karangan ringkas ini ditulis oleh Aiman...masatu aku bingung nak ngajar apa jadi aku bawak jer satu sudu, garfu plastik berwarna oren, pisau dan sepasang chopstik dan meminta pelajar buat karangan pendek jer...mungkin ini yg terbaik...Ia adalah rekaan semata-mata...yang penting ada pengajarannya...