Kawan-kawan


Friday, February 18, 2011

Ribut HERBALIFE....


Dah tiba2 ribut HERBALIFE pulak kat sekolah ni...
Maklumlah org yang 'bulat2' semakin ramai...
Tak caya?
Kalau tak caya tengok jer kat Mersing ni...
KFC dah makin besar tambah pulak ada MaryBrown...
Senanglah virus ni merebak...
Yang pasang angan2 pun bertambah...
Siang malam ingat nak kurus jer...
Tambah-tambah dah ada pulak model...
Pusing sana..pusing sini...badan dah susut...
Adoiii...makinlah produk ni jg igauan dan idaman...
Tapi ingat....
Disiplin mesti..
Kalau tak...
Sia-sia jerlah...
Diet2 juga...
Disiplin mau jaga...
Aku pun mau terpengaruh jugak ni...
Tapi...mampukah aku kurus...huhuhu

Tuesday, February 8, 2011

Tolong saya Bantu saya.....


Buta iT ni membuatkan saya tak tahu nak mengatasi masalah ini...
Bila nak log in jer beda ni kuar...
Risau bila nak Maybank2u atau apa-apa...
Harap ada kawan2 yg sudi membantu...
Benda alah ni juga satu sebab terbantut aktiviti berblogku...

Wednesday, January 19, 2011

Janji yang belum tertunai...



Wah...dah tahun 2011 nih....
Tapi hutang aku pada tahun 2010 belum lagi selamat dibayar...
Apa pun aku tidak pernah melupakannya...
Sabar yer buat Cik Sya dan sahabatku yg makin glemer Cikgu Sarah...
Hadiah2 mu akan ku hantar dalam masa terdekat ini...Maaf Ya!

Tuesday, January 18, 2011

Bukit Tinggi Dis 2010


Wednesday, January 5, 2011

Cikgu Nawiah...Moga cepat sembuh...

Perjalanan ke rumah Cg Nawiah


Rumah peninggalan ibu bapa Cg Nawiah


Guru-guru bersalaman dengan Cg Nawiah....
Moga cepat sembuh kak...

Berita Cikgu Nawiah dimasukkan ke hospital amat mengejutkan...
Tambah mengejutkan beliau disahkan mengidap kanser paru-paru tahap 4..
Memang ia bukan sesuatu yang mudah untuk diterima olehnya atau seiapa sahaja..
Tahap 4 ataupun tahap terakhir cukup menguji kekuatan dan ketabahan kita sebagai manusia...
Tambahan lagi ia berlaku lebih kurang dalam masa lebih kurang sebulan sahaja...
Terlalu pantas...dan begitu cepat ia merebak...
Saya masih ingat semasa meninggalkan sekolah tuk cuti akhir tahun beliau hanya mengalami batuk2 yang agak panjang dan kelihatan agak lemah...
Kita tidak menyangka kerana batuk2 ni kerap berlaku...sehingga rasa sesak dalam dada..
Beliau ditahan di hospital Mersing sblm mendapat rawatan lanjut di HSA..dan juga perubatan tradisional..
Beliau merupakan seorang guru yg sangat komited dgn tugasnya dan merupakan seorang guru Fizik yg cemerlang...
Sesungguhnya seluruh warga ISKANDAR mendoakan Cg Nawiah sentiasa tabah dan tidak sekali-kali berputus asa memohon kepada Allah agar kembali sembuh seperti sedia kala.
Sesungguhnya Allah maha pengasih dan maha penyayang
Kita tidak pernah tahu takdir kita...
Ujian Allah pasti ada untuk setiap hambanya bg
Menguji keimanan dan ketabahan

Tuesday, January 4, 2011

Inilah Reality...

Mersing ni memang terkenal dengan bandar pelancongan...
Hal ni memang sedap di dengar...
Tapi yg tak sedapnya...
Dah banyak kali masuk 'paper' tentang Mersing ni...
Tentang amalan kebersihan di kawasan awam...
Siap diberi fokus lagi kat botol2 arak yg boleh dijumpai...
Terutamanya kat kawasan dataran yg menjadi tempat riadah...
Sedihkan....
Saya pun pernah tengok anak2 muda Melayu membeli dan minum secara terbuka
di depan salah sebuah kedai jam 11 malam..
Masa tu saya rasa malu sebab aksi itu ditonton oleh kawan bukan Islam juga...
Itulah reality...
Tengok gambar ini yer...
Inilah reality...
Gambar ni sy ambil sendiri semasa program EKOMAR (membersihkan pantai)
Tengok apa yg student saya dapat?????

Wednesday, December 29, 2010

Yang Hidup Pasti Kembali

Bersiaran dengan cerita sedih...bertalu2 berita sedih...
Sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Cikgu Khidir bin Rahmat dari SMK Nitar beberapa minggu lepas. Aku sememangnya tidak menyangka begitu cepat beliau pergi...Aku baru sahaja berkira2 nak meminta pertolongan beliau membetulkan laptop aku yang semakin memberat dengan masalah ni cuma tunggu masa semua kerja awal tahun ni clear sahaja...tapi itulah berita yang aku dapat...seorang sahabat yang sangat ringan tulang membantu kawan2 lain dalam kesusahan...pemergian beliau amat2 dirasakan kerana beliau juga merupakan antara insan pertama yang aku kenali sebagai rakan setugas ketika mula2 posting sbgai guru pada tahun 2000 dulu. semoga roh beliau dicucuri rahmat dan beliau jua tergolong dalam kalangan hamba yang solleh..Salam takziah kepada isteri dan anak-anaknya...semoga kalian tabah...