Kawan-kawan


Saturday, September 10, 2011

Hani dan Strawberry kat Bandung...



Ni gambar semasa atas bas dari Bandung ke Jakarta...
Mula2 bukan main lagi selera dgn Strawberry tu...
Bila dah dapat...sejuta kali plak dia fikir nak makan...

Wednesday, July 20, 2011

Dia yg Pergi...

Salam takziah buat keluarga Farhah Fakhira kerana Farhah Fakhira telah kembali kerahmatullah setelah seminggu di wad ICU akibat kemalangan semasa ingin menghadiri temuduga untuk pertukaran pelajar ke AS.
Kami warga guru sangat sedih dan berasa kehilangan atas pemergian beliau. Masih terbayang di mata aku bagaimana mudahnya dia menolong aku dalam menyelesaikan tugas.
Buat kali terakhir dapat juga kami warga guru melihatnya meskipun beliau cuma kaku diam membisu.(Maaf andai ada maklumat yg salah)
Apa pun moga rohnya damai di sana.
Alfatihah.....

Tuesday, July 19, 2011

Pagi yg Tenang

Pagi yang tenang tanpa bunyik bebelan yang tak puas hati dari insan-insan yang tertekan hidupnya. Serius aku memang tak suka pd orang yang suka mengomel2 bila dapat kerja...atau pun pada org yang tolong mengomel2 bagi pihak orang lain padahal kerja tu bukan dia pun yang kena buat...kalau dia yg kena buat memang tak jalan dah huhuhu....

Ada juga orang tak faham konsep tolong menolong nih...aduh....mana mungkin hidup dalam kalangan masyarakat tapi tak mahu tolong menolong, yang dia mau orang tolong dia ajer...asal dia plak yang kena menolong bising....

Jauh di sudut hati aku ni mendoakan mereka insaf....sekurang2nya insaflah dari membebel2 n mengomel2 yang membolehkan orang sekeliling jadi biollllll..........time gaji diam jer tapi time kerja banyak pulak tak puas hati itu ini...insaflah wahai insan....

Luahan yang terbuku di hati pada pagi rabu...

Monday, July 18, 2011

Cuti-cuti Malaysia yg tak diduga


Bila tgk bloq ibu Akil pada satu mlm yg syahdu tu aku tetiba rasa teringin plak nak g...
Macam best jer rasanya bila tgk gambar yg diambil tu....
Dah sampai sana...ok lah.....
Nak pergi lagi tu taktaulah....
Bukit Tinggi Bentong-16 July 2011

Saturday, June 18, 2011

Anak Papa....






"Mak ambikkan gambar saya dengan Papa?"
Tetiba jer dak ina minta saye mek gambor...

Tuesday, March 15, 2011

Dah 6 Tahun sudah....


Sedar tak sedar....
Pejam celik- pejam celik...
Dah 6 tahun usia perkahwina kitaorang...
Anak pulak dah nak 4 tahun...
Resipi kejayaan dan kerukunan...ialah...
Bersabar atas segala dugaan...
Bertolak ansur atas segala kesilapan...
Tiada manusia yg sempurna...
Dan belajar menerima seadanya...

Friday, February 18, 2011

Ribut HERBALIFE....


Dah tiba2 ribut HERBALIFE pulak kat sekolah ni...
Maklumlah org yang 'bulat2' semakin ramai...
Tak caya?
Kalau tak caya tengok jer kat Mersing ni...
KFC dah makin besar tambah pulak ada MaryBrown...
Senanglah virus ni merebak...
Yang pasang angan2 pun bertambah...
Siang malam ingat nak kurus jer...
Tambah-tambah dah ada pulak model...
Pusing sana..pusing sini...badan dah susut...
Adoiii...makinlah produk ni jg igauan dan idaman...
Tapi ingat....
Disiplin mesti..
Kalau tak...
Sia-sia jerlah...
Diet2 juga...
Disiplin mau jaga...
Aku pun mau terpengaruh jugak ni...
Tapi...mampukah aku kurus...huhuhu

Tuesday, February 8, 2011

Tolong saya Bantu saya.....


Buta iT ni membuatkan saya tak tahu nak mengatasi masalah ini...
Bila nak log in jer beda ni kuar...
Risau bila nak Maybank2u atau apa-apa...
Harap ada kawan2 yg sudi membantu...
Benda alah ni juga satu sebab terbantut aktiviti berblogku...

Wednesday, January 19, 2011

Janji yang belum tertunai...



Wah...dah tahun 2011 nih....
Tapi hutang aku pada tahun 2010 belum lagi selamat dibayar...
Apa pun aku tidak pernah melupakannya...
Sabar yer buat Cik Sya dan sahabatku yg makin glemer Cikgu Sarah...
Hadiah2 mu akan ku hantar dalam masa terdekat ini...Maaf Ya!

Tuesday, January 18, 2011

Bukit Tinggi Dis 2010


Wednesday, January 5, 2011

Cikgu Nawiah...Moga cepat sembuh...

Perjalanan ke rumah Cg Nawiah


Rumah peninggalan ibu bapa Cg Nawiah


Guru-guru bersalaman dengan Cg Nawiah....
Moga cepat sembuh kak...

Berita Cikgu Nawiah dimasukkan ke hospital amat mengejutkan...
Tambah mengejutkan beliau disahkan mengidap kanser paru-paru tahap 4..
Memang ia bukan sesuatu yang mudah untuk diterima olehnya atau seiapa sahaja..
Tahap 4 ataupun tahap terakhir cukup menguji kekuatan dan ketabahan kita sebagai manusia...
Tambahan lagi ia berlaku lebih kurang dalam masa lebih kurang sebulan sahaja...
Terlalu pantas...dan begitu cepat ia merebak...
Saya masih ingat semasa meninggalkan sekolah tuk cuti akhir tahun beliau hanya mengalami batuk2 yang agak panjang dan kelihatan agak lemah...
Kita tidak menyangka kerana batuk2 ni kerap berlaku...sehingga rasa sesak dalam dada..
Beliau ditahan di hospital Mersing sblm mendapat rawatan lanjut di HSA..dan juga perubatan tradisional..
Beliau merupakan seorang guru yg sangat komited dgn tugasnya dan merupakan seorang guru Fizik yg cemerlang...
Sesungguhnya seluruh warga ISKANDAR mendoakan Cg Nawiah sentiasa tabah dan tidak sekali-kali berputus asa memohon kepada Allah agar kembali sembuh seperti sedia kala.
Sesungguhnya Allah maha pengasih dan maha penyayang
Kita tidak pernah tahu takdir kita...
Ujian Allah pasti ada untuk setiap hambanya bg
Menguji keimanan dan ketabahan

Tuesday, January 4, 2011

Inilah Reality...

Mersing ni memang terkenal dengan bandar pelancongan...
Hal ni memang sedap di dengar...
Tapi yg tak sedapnya...
Dah banyak kali masuk 'paper' tentang Mersing ni...
Tentang amalan kebersihan di kawasan awam...
Siap diberi fokus lagi kat botol2 arak yg boleh dijumpai...
Terutamanya kat kawasan dataran yg menjadi tempat riadah...
Sedihkan....
Saya pun pernah tengok anak2 muda Melayu membeli dan minum secara terbuka
di depan salah sebuah kedai jam 11 malam..
Masa tu saya rasa malu sebab aksi itu ditonton oleh kawan bukan Islam juga...
Itulah reality...
Tengok gambar ini yer...
Inilah reality...
Gambar ni sy ambil sendiri semasa program EKOMAR (membersihkan pantai)
Tengok apa yg student saya dapat?????

Wednesday, December 29, 2010

Yang Hidup Pasti Kembali

Bersiaran dengan cerita sedih...bertalu2 berita sedih...
Sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Cikgu Khidir bin Rahmat dari SMK Nitar beberapa minggu lepas. Aku sememangnya tidak menyangka begitu cepat beliau pergi...Aku baru sahaja berkira2 nak meminta pertolongan beliau membetulkan laptop aku yang semakin memberat dengan masalah ni cuma tunggu masa semua kerja awal tahun ni clear sahaja...tapi itulah berita yang aku dapat...seorang sahabat yang sangat ringan tulang membantu kawan2 lain dalam kesusahan...pemergian beliau amat2 dirasakan kerana beliau juga merupakan antara insan pertama yang aku kenali sebagai rakan setugas ketika mula2 posting sbgai guru pada tahun 2000 dulu. semoga roh beliau dicucuri rahmat dan beliau jua tergolong dalam kalangan hamba yang solleh..Salam takziah kepada isteri dan anak-anaknya...semoga kalian tabah...

Monday, December 20, 2010

Bersiaran Semula kah aku..

Wahhhh.....lama betul tak bersiaran....
Pagi ni terbesiaran daa.....
Banyak dah episod yang tertinggal dan tak sempat nak share....
Belum lagi nak baca entriii kawan2 yg dah berkulat2....
Bila lah aku nak qada' semua ni...

Tuk malam ni...aku nak tidur dulu...

Thursday, December 2, 2010

Anak Papa naik motor...

Dapat naik motor lupa pulak kat Mak... Uwaaa....kena tinggal plak...

Time Menjengok Blog

Assalamualaikum...

Dah lama betul aku tak menjengok blog ni...
Dah macam2 berlaku..
Dah blog aku neh penuh dengan sawang...
Dah hampir sebulan jugak rasanya...
Insyaallah akan aktif kembali...
Menjejak rakan2 dan taulan huhuhu...

Wednesday, October 27, 2010

Neraka

Perkataan 'Neraka' berasal dari bahasa Ibrani yang bererti unggul api.
Neraka ialah tempat seksaan bagi mereka yang berdosa termasuklah jin dan manusia yang derhaka kepada Allah.
Dalam al-Quran ada juga disebut sebagai 'nar' atau Narul Jahannam.

Penciptaan dan perihal Neraka

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bererti:-

"Api neraka itu dinyalakan selama 1000 tahun sehingga menjadi merah,
kemudian dinyalakan di atasnya selama 1000 tahun sehingga menjadi putih,
kemudian dinyalakan di atasnya selama 1000 tahun sehingga menjadi hitam,
maka ia menjadi hitam dan gelap."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada Jibril: "Wahai Jibril! Mengapa aku tidak pernah melihat Mikail ketawa? Jibril menjawab: "Mikail tidak pernah ketawa semenjak neraka diciptakan oleh Allah."

Maimun bin Mahran mengatakan, ketika Allah menciptakan Neraka Jahannam, Allah menyuruh Neraka Jahannam bersuara. Manakala mendengar suara itu, semua Malaikat jatuh tersungkur. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: "Angkatlah kepala kamu. Tidakkah kamu mengetahui bahawa Aku menciptakanmu supaya mentaati-Ku dan Aku ciptakan Jahannam untuk makhluk-Ku yang menderhakai-Ku". Para Malaikat menjawab: "Wahai Tuhan kami! Tidakkah kami berasa aman darinya sehingga kami melihat penghuninya".
Dipetik dari buku: Pengertian Solat Dalam Islam

Semoga Allah melindungi kita daripada seksaan azab Api Neraka...lantaran kekhilafan hidup kita di dunia ini...Sesungguhnya janji Allah itu benar...

Wednesday, October 20, 2010

Tiba-tiba ia berlaku


Inilah yg berlaku...
Inilah hakikat kehidupan...
Inilah yg dikatakan dugaan....

Baru semalam semua ni berlaku...
Suamiku bangun dari tidur...
Dia rasa kelainan...pelik...sesuatu yg tak pernah dirasa...
Dia Tak dapat lagi meneruskan tidurnya....
Hingga pagi...
Aku...tidur lena..
kerana aku tak tahu...
Kalau tak, mana mungkin aku begitu...

Banyak yg difikirkannya...
Segala kemungkinan yg pastinya dia terpaksa hadapi..
Aku tahu dia sedih...
Bila dia sedih, aku juga sedih..
Tapi aku tahu, aku penguat semangat dia..

Wahai suamiku...
Walau apa yang berlaku padamu...
Aku tetap akan bersamamu..
Dibelakangmu..
Menyokongmu...
Didepanmu...
Andai kau perlu bantuanku...

Susah senang kita bersama..
selamanya..


Mendung...semendung hatiku...


Cuaca nampak macam mendung...
Tengok gambar...
Kul 8 pg tadi ambik kat kawasan sekolah...
Segitulah keadaannya..
Matahari cam segan nak limpahkan cahayanya...
Ini lah jerebu...
Walaupun tak sampai cuti2 Jerebu cam tempat lain...
Bahang tetap terasa juga...
So, jagalah kesihatan...

Jerebu ini semendung hatiku....

Monday, October 18, 2010

Puan Pengarah nak datang sek...


Dah nak sampai pon...
on the way from Sains Kluang...
Sape lagi kalau bukan Pn Ashah

Bila beliau nak datang...
sibuklah org2 besau gi pasar...
beli ikan...
beli udang...
beli ketam...
beli sotong...
beli ikan bilis mata biru...(wajib okay..)
susah kot nak dapat ikan bilis mata biru kat tempat lain kot...(tataulah aku)
peberet beliau nih...

Oleh sebab itu jugaklah...
aku dan org lain jugak...(warga sek ni ajer yer..)
tak boleh balik sekolah lg..
tgk..tgk..jam dah hampir kul 2 ptg dah ni...
cam mana nih...

kedatangan beliau menyebabkan...
exam hari ini dibatalkan..(yg lepas waktu rehat)
tanpa alasan...
mesyuarat petang ini dibatalkan...
kompem esok kena balik lambat lg ganti yg hari ni punya...
berkira pulak aku...
hari-hari balik lambat lah...
ok jer...

rindu masa kat kg...
bunyi loceng...
blahhhh...
kalah budak2...