Kawan-kawan


Tuesday, September 7, 2010

Dia tidak sempat berjumpa dengan Aidil Fitri....

Ambil dari google
Assalamualaikum...
Tahun ini aku bersyukur kerana berjaya (dgn izin Allah) berpuasa cukup sebulan...
Berbeza dengan tahun lepas yang penuh dugaan...terpaksa menggantikan puasa sebanyak 15 hari...
Apa yang belum berjaya lagi ialah tarawih penuh sebulan sepanjang Ramadhan...
dan...khatam Al-Quran di bulan mulia ini...sentiasa ada halangan...

Ya Allah..aku mohon pada Mu agar aku dapat melalui lagi Ramadhan pada tahun depan dan dapat merubah diri untuk menjadi lebih baik...

Ya Allah Kau cucurilah rahmat ke atas roh Nenek Saudara ku yang dijemput kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu yang lepas....Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di atas Masjid kg tatkala tengah wirid dan zikir selepas sembahyang Subuh berjemaah.

Sebelum itu beliau demam selama seminggu namun masih sempat ke Kuala Lumpur menjemput anak beliau yang tinggal di Kuala Lumpur kerana anaknya terlalu rindu dan ingin berjumpa dgn emaknya dan mereka dapat berjumpa sebelum ibunya menghembuskan nafas yang terakhir...

Uppsss Apa dah jadi??

Assalamualaikum...

Syoknya dapat balik Kampung...Aku dah selamat sampai ke Kota Bharu pada kul 4.30 petang hari Ahad setelah bertolak kul 8.30 pagi dari Mersing....perjalanan memang lancar...kereta tak banyak n segalanya memang ok. Singgah kat Shell sebelum ShahPutra untuk memunaikan janji dengan Kak Rozie...pas tu teruskan perjalanan...maka sampailah aku n keluarga ku dengan selamat...hari ni nak keluarkan duit sket nak beli barang2 tengok2 kad ATM tak ada...semua duit kat situ huhuhuhu sah2 tertingal/terjatuh kat rumah di sana uwaaaa...kenalah beratu kat bank keluarkan secara manual...seb baik hari ni...masih ada peluang...kalau malam raya baru aku sedar??? HARU..

So, jangan lupa yer bawak balik sekali brg2 yg sangat berharga...
Selamat Berhari Raya...

p/s seb baik duit raya tuk sedara mara ku buat balik....

Thursday, September 2, 2010

Dah masuk Zon Cuti...yahooooo...

Pinjam yer En Google
Bila habis jer sekolah tadi aku betul2 dalam mood cuti...lapang rasanya...
Semua kerja2 yang patut disudahkan tinggal kat sekolah...
Tak mou buat balik rumah...tak mou benda2 tu naik keta balik beraya jugak...
Sebab aku tau kalau bawa balik kg pun aku akan anak tirikan mereka..
Malah aku tak akan jeling pun mereka..
Mereka akan terperap jer kat tepi dinding atau atas meja dalam bilik yang gelap...
Kalau itu terjadi aku akan sedih walaupun time tu aku cuti...
Kerana aku tau semua tu tak akan setel gak...
Malah jadi mimpi ngeri pulak kat aku...

Esok lepas sahur n sembahyang subuh aku akan bertolak balik kg aku n suami nun di KELANTAN sana...
Kalau ada jodoh akan singgah umah kak Rozie di Kuantan...tapi belum pasti...aku nak tunaikan permintaan dia tu nak adiah ari jadi....
Dalam perjalanan esok pasti compius terjadi...."nak balik rumah siapa dahulu?....
****Rumah Tok Mek & Atuk @ rumah Tok Mek & Tok Ayah...
Ini juga satu persoalan yang besar nih....
Tak boleh salah buat pilihan..
Tapi kalau tak ada pilihan jawapannya kami akan buat lucky draw..
Caranya?
Tanyalah Hani Arina...dia pasti akan ada jawapannya......

Buat semua kawan2 SELAMAT BERCUTI....

Wednesday, September 1, 2010

Masa Menunaikan Janji.....

Semua Nasi dibungkus ala nasi berlauk pagi (tak ada bekalan polisterin)

Semalam aku telah menunaikan janji dengan menti untuk mengajak mereka semua berbuka puasa di rumah...tetapi disebabkan rumah masih dalam proses mengemas jadi tak dapatlah hajat itu ditunaikan walaupun dia orang sudi menolong...

untuk tidak menghampakan hajat dia orang aku masak dan bungkus bagi kat dia orang..antara menunya ialah seperti dalam gambar tulah...
Kari ayam yang tak berapa nak kari.....
Udang masak merah jer...
Sayur kobis masak biasa2 ajer....
S
etelah janji ditunaikan aku rasa bahagia dan tenang sikit...walaupun masak simple jer..
Teringat tahun2 dulu aktiviti ini jd macam rutin...terutama semasa Asiah Hamsan kat sini sebelum dia pindah kuantan...
Sekarang ni macam tak ada sangat dah.....
Pasni mesti mereka menuntut Rumah Terbuka pula...

Tuesday, August 31, 2010

Rindu Ayam Percik Kelate....

Puasa tahun ni sekali pun tok balik kelate....Biasa 1 Ramadhan balik lah jugak tapi tahun ni duduk tengah minggu pulok....

Aku rindu tahap gaban doh nak makan percik kelate ni...yang warna putih tu...tok sabar doh rasanya nak balik hari Sabtu nih....
Bukannya berkira sangat dgn tempat tapi entah kanapelah tak jumpa pulak ayam percik kat bazar ramadhan di Mersing ni...kalau ada pun yang macam bakar2 kuah kacang tuh...tak nak lah yang tu...

Kalau tak dapat yang percik putih, percik merah pun ok...yang penting percik...tak mo kurma ke apa ke...hari tu ada sekali buat percik putih ni tapi kat ikan lah...terlepaslah rindu tapi sekarang ni rindu tu datang lagi..ngalahkan orang ngidam sebab pegnen pulak...

Tengok percik kat atas tu...adduhhh...bila balik ni benda ni akan sy dapatkan secepat mungkin...Insyaallah...
Semua gambar yang sangat sedap dan lazat di atas dicuri dari Pak Cik G

Sunday, August 29, 2010

Demam...


Hari ni terpaksa ambik CRK...Cik Hani demam dan muntah-muntah malam tapi sampai terjelepek...patutlah bila diajak tido dia macam tak boleh tidur...katanya dia lapar padahal petang tu baru je makan nasi goreng kat bazar ramadhan...(tak tahu lah kalau nasi tu yang buat hal)...agaknya dia rasa tak sedap perut..

Bila papa dia cek (uhuks cam doktor pulak) katanya perut kembung...letak ubat segala...masih tak buleh tidur...bila semua keluar (2 kali plak tu..) baru dia boleh tidur...pagi ni badan dia masih suam2 kuku, tu yg tak sampai hati nak antar umah pengasuh...dah lah bekalan ubat baru habis...tapi tuan punya badan aktif macam biasa...alhamdulillah...lega...

Thursday, August 26, 2010

Pilihlah Jalan Yang Lurus..


Saat kita berada di persimpangan,
Jangan pilih jalan lain...

Selain jalan kejujuran...

Hidayah Ogos 2010