Kawan-kawan


Tuesday, September 7, 2010

Dia tidak sempat berjumpa dengan Aidil Fitri....

Ambil dari google
Assalamualaikum...
Tahun ini aku bersyukur kerana berjaya (dgn izin Allah) berpuasa cukup sebulan...
Berbeza dengan tahun lepas yang penuh dugaan...terpaksa menggantikan puasa sebanyak 15 hari...
Apa yang belum berjaya lagi ialah tarawih penuh sebulan sepanjang Ramadhan...
dan...khatam Al-Quran di bulan mulia ini...sentiasa ada halangan...

Ya Allah..aku mohon pada Mu agar aku dapat melalui lagi Ramadhan pada tahun depan dan dapat merubah diri untuk menjadi lebih baik...

Ya Allah Kau cucurilah rahmat ke atas roh Nenek Saudara ku yang dijemput kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu yang lepas....Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di atas Masjid kg tatkala tengah wirid dan zikir selepas sembahyang Subuh berjemaah.

Sebelum itu beliau demam selama seminggu namun masih sempat ke Kuala Lumpur menjemput anak beliau yang tinggal di Kuala Lumpur kerana anaknya terlalu rindu dan ingin berjumpa dgn emaknya dan mereka dapat berjumpa sebelum ibunya menghembuskan nafas yang terakhir...

0 comments: