Kawan-kawan


Thursday, September 16, 2010

Beraya lah pula (1)

Mula2 nak letak gambar Kak Safiah...sempat snap pica dia sekeping tapi gambar tu cam tak berapa cantik plak...
jadi aku letak jer gambar hani ni mana nak bertolak ke rumah k.Safiah..


Petang tadi berkesempatan berhari raya ke rumah kak Safiah (mantan PK Hem SMSSI)...
Aku cakap kat Cik Hani nak pergi rumah kawan Mak jer...
Apa lagi seronoklah budak kecik tu...(kecik ker anak aku tu?)

Sampai kat umah Kak Safiah lebih kurang kul 6 petang...rupanya ada tetamu...
Bukan orang lain..anak murid kami jugak...Fiqri Qardawi dan Zul Rothman (tatau betul ke salah aku eja tu..) mereka kelihatan tengah selera makan biskut2 raya yg ada kat atas meja tu...(ni dah raya ke-6 dah tentu biskut raya akan menjadi semakin lazat)..

Tak banyak yang dibualkan dengan kak Safiah sekadar bertanya khabar dan sedikit perkembangan terkini sekolah masing-masing (beliau kini bertugas sebagai PK di STF)..
Tu pun tengok2 jam dah hampir kul 7 malam...masa keluar nak balik elok2 azan maghrib berkumandang...cepatnya masa berlalu...

Anak aku Cik Hani tu macam takut dengan Kak Safiah ni...jd dia mcm tak pandai nak mesra2...takut ler tu gamaknya...korang tahulah....dia kenal kawan aku tu menjak dia PK Hem lagi...garang woo...cakap pun tegas semacam...Cik Hani pulak manja2 gitu...yer ker hehehe..

Apapun kak...Tq lah...seronot dak Hani tu dapat duit raya dua kali dari akak = RM20.00..bukan budak kecik tu jer yg dapat...dak besar dua orang yg beraya tu pun dapat jugak...hehe tu yg buat budak2 tu wajib tayang wajah2 mereka di Aidilfitri kat umah akak tu huhuhu...

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga buat Kak Safiah dan family.... Tq atas segala tunjuk ajar akak pada saya selama ini....

p/s: dah sampaikan salam kak Rozie pada Kak Safiah

Wednesday, September 15, 2010

Syahdu di Aidilfitri..



Di pagi Aidilfitri tahun ini (selepas sembahyang raya) kami sempat bermaaf-maafan..
Cik Hani dah mula mengerti erti Aidilfitri...

Dia salam dan cium tangan Mak dia ni sambil berkata "Mak, saya minta maaf"
Kemudian dia salam pula tangan Papa dia sambil berkata "Papa, saya minta maaf"

Aku tak tahu kenapa bila dia cakap macam tu air mata aku ni menitis...
Terharu...sedih...adakah dia mengerti apa yg diucapkan itu...

Kemudian Hani berkata.."Selamat Hari Raya Mak..Selamat Hari Raya Papa.."
Sesungguhnya aku terharu kerana tahun ini baru Hani ungkapkan semuanya buat Mak n Papa dia...tahun lepas dia lom mengerti lagi...

Selepas itu aku mengambil kesempatan mencium tangan suami dan memohon maaf..
Di saat Papa Hani mencium Mak dia pula..Hani menangis teresak-esak kerana memikirkan kami berdua tidak menyayanginya...

Padahal dia tidak mengerti bahawa dia adalah segalanya bagi kami berdua....

Tuesday, September 14, 2010

Hani di Malam Raya...


Pulun bermain bunga api lah....
dengan bantuan mak cik2 dia...
sampai tak ingat dunia...
pas main tengok apa jadi?????


nangis2...besi pemegang bunga api yg panas jatuh atas kaki...
tu pasal ada ubat...nasib baik tak teruk...
tapi melalaknya leh tahan jugak...
Ha! ni lah stok bunga api pak cik dia tuk hari raya hari tu...

Tuesday, September 7, 2010

Dia tidak sempat berjumpa dengan Aidil Fitri....

Ambil dari google
Assalamualaikum...
Tahun ini aku bersyukur kerana berjaya (dgn izin Allah) berpuasa cukup sebulan...
Berbeza dengan tahun lepas yang penuh dugaan...terpaksa menggantikan puasa sebanyak 15 hari...
Apa yang belum berjaya lagi ialah tarawih penuh sebulan sepanjang Ramadhan...
dan...khatam Al-Quran di bulan mulia ini...sentiasa ada halangan...

Ya Allah..aku mohon pada Mu agar aku dapat melalui lagi Ramadhan pada tahun depan dan dapat merubah diri untuk menjadi lebih baik...

Ya Allah Kau cucurilah rahmat ke atas roh Nenek Saudara ku yang dijemput kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu yang lepas....Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di atas Masjid kg tatkala tengah wirid dan zikir selepas sembahyang Subuh berjemaah.

Sebelum itu beliau demam selama seminggu namun masih sempat ke Kuala Lumpur menjemput anak beliau yang tinggal di Kuala Lumpur kerana anaknya terlalu rindu dan ingin berjumpa dgn emaknya dan mereka dapat berjumpa sebelum ibunya menghembuskan nafas yang terakhir...

Uppsss Apa dah jadi??

Assalamualaikum...

Syoknya dapat balik Kampung...Aku dah selamat sampai ke Kota Bharu pada kul 4.30 petang hari Ahad setelah bertolak kul 8.30 pagi dari Mersing....perjalanan memang lancar...kereta tak banyak n segalanya memang ok. Singgah kat Shell sebelum ShahPutra untuk memunaikan janji dengan Kak Rozie...pas tu teruskan perjalanan...maka sampailah aku n keluarga ku dengan selamat...hari ni nak keluarkan duit sket nak beli barang2 tengok2 kad ATM tak ada...semua duit kat situ huhuhuhu sah2 tertingal/terjatuh kat rumah di sana uwaaaa...kenalah beratu kat bank keluarkan secara manual...seb baik hari ni...masih ada peluang...kalau malam raya baru aku sedar??? HARU..

So, jangan lupa yer bawak balik sekali brg2 yg sangat berharga...
Selamat Berhari Raya...

p/s seb baik duit raya tuk sedara mara ku buat balik....

Thursday, September 2, 2010

Dah masuk Zon Cuti...yahooooo...

Pinjam yer En Google
Bila habis jer sekolah tadi aku betul2 dalam mood cuti...lapang rasanya...
Semua kerja2 yang patut disudahkan tinggal kat sekolah...
Tak mou buat balik rumah...tak mou benda2 tu naik keta balik beraya jugak...
Sebab aku tau kalau bawa balik kg pun aku akan anak tirikan mereka..
Malah aku tak akan jeling pun mereka..
Mereka akan terperap jer kat tepi dinding atau atas meja dalam bilik yang gelap...
Kalau itu terjadi aku akan sedih walaupun time tu aku cuti...
Kerana aku tau semua tu tak akan setel gak...
Malah jadi mimpi ngeri pulak kat aku...

Esok lepas sahur n sembahyang subuh aku akan bertolak balik kg aku n suami nun di KELANTAN sana...
Kalau ada jodoh akan singgah umah kak Rozie di Kuantan...tapi belum pasti...aku nak tunaikan permintaan dia tu nak adiah ari jadi....
Dalam perjalanan esok pasti compius terjadi...."nak balik rumah siapa dahulu?....
****Rumah Tok Mek & Atuk @ rumah Tok Mek & Tok Ayah...
Ini juga satu persoalan yang besar nih....
Tak boleh salah buat pilihan..
Tapi kalau tak ada pilihan jawapannya kami akan buat lucky draw..
Caranya?
Tanyalah Hani Arina...dia pasti akan ada jawapannya......

Buat semua kawan2 SELAMAT BERCUTI....

Wednesday, September 1, 2010

Masa Menunaikan Janji.....

Semua Nasi dibungkus ala nasi berlauk pagi (tak ada bekalan polisterin)

Semalam aku telah menunaikan janji dengan menti untuk mengajak mereka semua berbuka puasa di rumah...tetapi disebabkan rumah masih dalam proses mengemas jadi tak dapatlah hajat itu ditunaikan walaupun dia orang sudi menolong...

untuk tidak menghampakan hajat dia orang aku masak dan bungkus bagi kat dia orang..antara menunya ialah seperti dalam gambar tulah...
Kari ayam yang tak berapa nak kari.....
Udang masak merah jer...
Sayur kobis masak biasa2 ajer....
S
etelah janji ditunaikan aku rasa bahagia dan tenang sikit...walaupun masak simple jer..
Teringat tahun2 dulu aktiviti ini jd macam rutin...terutama semasa Asiah Hamsan kat sini sebelum dia pindah kuantan...
Sekarang ni macam tak ada sangat dah.....
Pasni mesti mereka menuntut Rumah Terbuka pula...