Kawan-kawan

Thursday, May 13, 2010

Bicara Guru antara Dua Dunia..



Ni aku nak cerita pasal topik perbincangan para guru dalam dua dunia yang berbeza...
Hal ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku selama aku menjadi cikgi ni...

Ketika aku cikgu sekolah harian...

1. Bagaimana nak bagi budak suka apa yang diajar..
2. Bagaimana nak bagi budak tak ponteng time kita masuk kelas
3. Bagaimana nak bagi dia salin nota yang kita berikan (cara terakhir nak bagi
dia tulis dan duduk diam kalau tak dia jln2 dlm kelas sambil usik kwn2 dia dan
pelajar pompuan)
4. Bagaimana nak buat supaya mereka rasa mereka dihargai dan disayangi dan akhirnya
dia suka belajar dengan kita..
5. Bagaimana nak menghadapi mereka yang nakal2 time nak masuk kelas...(bersedia dr
segi mental dan fizikal)
6. Bagaimana nak buat supaya mereka kekal ada buku atau buku tulis supaya senang nak
buat kerja sekolah ( biasanya buku aku pegang n masuk kelas bawa) kalau tak tiap2
hari hilang2.
7. Bagaimana nak suruh dia bawa buku teks..(masa tu aku ngajar sejarah)
8. Bagaimana nak bagi dia hormat kat cikgu dan tak menganjingkan cikgu...
9. Banyak lagi benda yang dibincangkan dan yg terakhir sekali...
MACAM MANA NAK BAGI MEREKA LULUS..LULUS JER...
Tak pun..BAGAIMANA NAK BAGI DALAM KELAS TU AMAN JER..

Ketika aku cikgu SBP

1. Bagaimana nak kekalkan prestasi subjek
2. Bagaimana nak bantu budak2 yg dapat C atau B supaya dapat A
3. Bagaimana nak kekalkan result A bagi semua budak2 tu..
4. Headcount, OTI..ATR..ETR...dll
Pendek kata MACAM MANA NAK BAGI SEMUA BUDAK DAPAT A tu jer sebab yang lain2 tu
kita tak yah fikir sangat...

Ni berdasarkan pengalaman aku jer, pengalaman orang lain mungkin lain lah...

0 comments: