Kawan-kawan


Friday, April 23, 2010

Cetak Rompak

Pada tahun 2008, aku pergi menemani suami buat satu kajian mengenai sumbangan tokoh kpd masyarakat...

Tokoh yang aku pilih ialah bekas Ustaz aku yang mengajar Sejarah Islam masa aku tingkatan 6 iaitu Hj Abdullah Al-Qari bin Hj Salleh seorang penulis buku agama khususnya yang terkenal dan turut dikenali sebagai cucu Tok Kenali..

Mengikut beliau, hasil tulisan (buku) beliau sememangnya banyak dicetak rompak terutamanya di Indonesia dan dijual dengan harga yang lebih murah namun beliau sangat positif dalam hal ini..

Bagi beliau cetak rompak ke atas buku-bukunya akan membuatkan lebih ramai orang dapat membaca hasil tulisannya dan menjadikan apa yang ditulis panduan dalam kehidupan. Secara tidak langsung aktiviti cetak rompak itu sebenarnya turut membantu beliau menyebar ilmu yang ditulis bukan sahaja di Malaysia malah juga di luar Malaysia. yg penting ilmu itu sampai pada masyarakat bukan wang semata-mata...

Beliau berpendapat begitu kerana beliau menulis bukan kerana wang tetapi kerana ingin berkongsi dan menyampaikan ilmu agama kepada seluruh masyarakat. Agar hidup manusia sentiasa dalam keberkatan.

Aku pernah melihat sebuah buku kerja (latihan)untuk pelajar2 tingkatan 4 subjek *** kat bahagian depan buku tertulis sebarang salinan yang dibuat tidak akan dihalalkan..
Apa pendapat korang?

Tapi aku dah terfotostat buku tu sblm aku tengok amaran keras tersebut...aku mohon maaf banyak2 kat tuan penulis buku itu...selepas itu aku tidak lagi menggunakan buku itu meskipun untuk dijadikan latihan bg pelajar2 ku....perkataan tidak DIHALALKAN itu membuatkan aku terkedu....

Bagaimana pula dengan VCD @ CD cetak rompak?
Mampukah kita positif dengan cetak rompak (selagi tidak membahayakan)

1 comments:

tehr said...

Hj Abdullah Al-Qari
saya juga pernah menjadi pelajar beliau semasa di tingkatan 6