Kawan-kawan


Thursday, September 16, 2010

'Depan cakap lain'...versi emo..

abil kat google jer gambar ni

Haih ni tak abis2 lagi kisah dia org nih...sapa lagi kalau bukan Si Abby n Norman tu..
Adoi....kalau bab2 artis nih malas nak fikir sebenarnya...tapi kalau berita pasal depa dok menyegeh jer baca lah jugak...ni pandangan aku ni...tak de kena mengena dgn sesiapa yer..

'Depan cakap lain'

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Duit hantaran dan duit untuk buat majlis kenduri kahwin kami lapan tahun lalu adalah dua perkara yang berbeza. Dia sendiri tahu mengenai hal ini. Jika hendak tahu siapa bercakap benar atau tidak, saya mahu mengajak Norman Hakim ke masjid dan angkat sumpah depan al-Quran.

“Apapun yang berlaku , saya akan tetap menuntut hak saya termasuk beberapa perkara lagi yang belum selesai. Sehingga ke lubang cacing sekalipun, saya akan terus berusaha mendapatkannya semula,” tegas Abby Abadi, 32, berkenaan tuntutan hutang duit hantaran RM11.111.11.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, dia terpaksa mendedahkannya di akhbar kerana tiada jalan lain lagi menuntut segala yang menjadi haknya daripada bekas suami, Norman Hakim atau pemilik nama sebenar, Mohamed Nor Hakim Zaidon, 34.

“Saya sudah sampai pada satu tahap tiada cara lagi untuk mendapatkan hak saya semula. Saya juga sudah lama beri ruang kepadanya untuk menyelesaikan apa yang tertunggak selepas dua tahun kami bercerai.

Baca selanjutnya....

Sebagai seorang isteri juga aku memang simpati jugaklah dengan Abby ni...nasib yang menimpa diri dia...suatu ketika dulu glamer habis kawen lelaki hensem...tapi tu dulu...bukan masalah hensem ke tak tapi masalah perangai manusia ni...

Kenapa hal2 cam ni sekarang baru nak kecoh2?? Di saat Norman Hakim itu berada di ambang kebahagian bersama bakal isteri baru yang pernah juga ditangkap bersama-sama satu ketika dulu...(aku suka depa kahwin pasal aku bohsan baca berita artis kena tangkap khalwat ler...)

Balik kepada persoalan di atas...korang tahu kenapa? Sebab seorang isteri biasanya penyabar...tak suka berkira sangat...buleh terima si suami seadanya...korang fikir kalau mereka tak bercerai ada ke timbul hal2 cam tu..tuntut sana-tuntut sini...penat tuuu...aku yakin sampai mati pun si isteri akan redha...(kalau isteri tu baik dan memahami ler..)

Pengorbanan isteri ni sungguh besar...semua suami wajib mengasihani/ menghargai dan setia kepada isteri kerana mereka cukup berjasa dalam rumah tangga...daripada A-Z. kalau suami penat bekerja..isteri mungkin 4 kali penat lagi kerana terpaksa uruskan hal rumah tangga...

Jikalau sedikit kesetian pun suami gagal nak hadiahi isteri malah bergembira dan bangga pula hendak membina masjid yg baru cam mana?? mereka ini patut diperingatkan agar mereka tidak melepaskan hutang dan tanggungjawab mereka dengan sewenang2nya...

p/s: aku boleh bersabar lagi heheh

3 comments:

Salina@IbuAqil said...

Memang pn faizz.. Bila dah jadi suami isteri tak seharusnya nak berkira.. Cuma kadang bila dah tak suka.. Macam2 perasaan tak puas hati, ungkit mengungkit dll lagi yg akan timbul.. Itulah adat manusia.. Punya mcm2 perasaan.. Kadang2 kita pn x sedar jenis kita ni mcm mana.. Cuma boleh berdoa supaya kita di lindungi olehNYA.. Supaya dijauhkan perasaan yg tak elok.. Supaya rumahtangga dilindungi.. Sampai akhir hayat.. Owang kata kalo kita menutup aib owang lain, Allah swt akan menutup aib kita.. Jadi jadikanlah renungan.. ;oD

Unknown said...

kao dah bercerai camni le... kalo kakyong pun kakyong akan tuntut

HANI said...

sesapa pun sy rasa akan menuntut apa yg hak..tak kan nak diam jer..