Kawan-kawan

Tuesday, August 10, 2010

First Tarawih..


Tahun ni aku berazam untuk melengkapkan tarawih yang selalunya lompong bagi tahun2 yang lepas...

Tempat pilihan aku tahun ini dah tentulah Surau Al-Kauthar, surau sekolah aku lah tu...sembahyang dgn budak2..

Untuk malam pertama...aku dah brsedia terutamanya mengurus anak aku si budak Hani tu...

Dengan harapan dapat solat dengan aman tanpa gangguan..aku menggaburi mata anak aku dgn membawa sekali buku mewarnanya dan pensel2 warna yg besar2 ke surau tu...

Semuanya berjalan lancar...semua ok terutama semasa sembahyang Isyak...

Kusangka panas hingga ke petang rupanya ujan dtg tiba2...

Masuk rakaat ke 3 semasa solat Isyak dia buat hal dah berlari depan saf yg aku solat...adala 2-3 kali pusing...adoiiiiiiii...habis...dah lah kat sebelah aku tu Cik PK Hem..tak ke haru...

Nasib baik ada pelajar yg tak solat ajak dia main2 kat belakang...fuhh lega..

Bila start jer terawih Cik Hani duduk atas sejadah aku pulak...aku stop...pujuk2 sikit solat balik...
baru nak rukuk dia mula dah berlari depan org solat kat saf belakang....pelajar yang tak solat pun dah tak buleh buat pepe lagi...

Untuk mengelakkan org2 yang solat itu hilang tumpuan dalam solatnya aku dgn rela hati mengorbangkan niat suci ku utk berjemaah sepanjang Ramadhan dgn berhenti solat dah membawanya ke rumah kawanku yg tinggal dalam asrama sementara menunggu papa Cik Hani habis solat...

Moralnya...Cik Hani belum bersedia lagi untuk memahami pengertian "jangan ganggu org yg tengah solat" tapi dia tahu ramai org GERAM kat dia...jadi...aku hanya akan tarawih kat rumah sahaja...

Semoga Allah permudahkan....

2 comments:

maCy said...

samalah.nak hidupkan terawih. selalu azam je buat idak..isk2

HANI said...

harap tahun ni berjayalah macy...biasanya asyik gagal jo